fbpx

HiMEGA ’13 Meriah Berinformasi

HiMEGA ’13 Meriah Berinformasi

HiMEGA ’13 Meriah Berinformasi

MELAKA, 12 Apr 2013 – Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) telah menganjurkan kursus Hijrah Menara Gading 2013 (HiMEGA ’13) yang disertai lebih 300 peserta lepasan SPM 2013 di Universiti Teknikal Melaka (UTeM) pada 12-14 April.

Pengarah Program, Encik Ali Izzuddin Bahran berkata objektif HiMEGA ’13 adalah memberikan taklimat dan penerangan mengenai persediaan teknikal dan jiwa sebelum melangkah ke alam universiti.

“Saya berpuas hati sambutan baik yang diberikan oleh peserta dan juga kerjasama yang mantap oleh barisan urusetia bagi menjayakan majlis perasmian”, katanya.

Khairul Adam Azril, 18 berkata beliau menyertai kursus HiMEGA ’13 untuk mengetahui maklumat yang lebih mendalam mengenai institusi pengajian tinggi dan bercita-cita masuk ke menara gading mengambil bidang yang diminati.

Peluang keemasan untuk menyertai HiMEGA ’13 ini tidak mahu dilepaskan oleh Siti Majiihah, 18, berasal dari Kelantan berkata tujuan beliau menghadiri program pada kali ini adalah mendapatkan perkongsian pengalaman oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator mengenai alam di universiti kelak.

“Ini kali ke-13 kami mengajurkan HiMEGA. Sememangnya ramai remaja lepasan sekolah menengah ternanti-nanti peluang untuk sertai program kami ini untuk mendapatkan pencerahan sebaiknya sebelum memilih universiti dan kursus yang dihajati. Kadangkala kursus yang mereke minati itu tidak setimpal dengan kelulusan ataupun kecenderongan intrinstik mereka. Mereka tidak sedar potensi sebenar di dalam diri. Kami ada ujian keceriaan khas kepada mereka untuk mengenalpasti apa yang terbaik untuk mereka – belajar dalam atau luar negara, kursus apa dan sebagainya. Juga sebagai Muslim, kami bekalkan mereka dengan persediaan jiwa untuk ke kampus nanti,” jelas Ali Izzuddin lagi.

Presiden HALUAN Malaysia, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman dalam ucapan perasmian HiMEGA ’13 berkata sebagai seorang pelajar Muslim, amatlah penting untuk peserta persiapkan diri sepenuhnya bagi menempuh kehidupan di univesiti kelak. HiMEGA ini adalah medan terbaik untuk tujuan itu.

“Usahalah dengan bersungguh-sungguh beserta niat yang ikhlas agar setiap amalan kamu diterima oleh Allah SWT. Ingat, hanya dengan amalan soleh ilmu yang kita perolehi akan menjadi berkat untuk membolehkan kita memanfaatkan diri sendiri dan orang lain,” pesan beliau ketika ucaptama.

Turut memeriahkan majlis perasmian tersebut adalah Dekan Falkulti Kejuruteraan Universiti Teknikal Melaka (UTeM), Prof Madya Mohd Rahimi Yusoff.

Presiden HALUAN Malaysia, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman telah merasmikan kursus Hijrah Menara Gading 2013 (HiMEGA ’13) pada kali ini.


Laporan Muhammad Suhaib Mohd Shapiee, Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa)