fbpx

Hari Keluarga HALUAN Pulau Pinang Meriah

Hari Keluarga HALUAN Pulau Pinang Meriah

Hari Keluarga HALUAN Pulau Pinang Meriah

Pulau Pinang, 20 Januari – Pusat Latihan Sukan Air Teluk Kumbar menjadi lokasi pilihan HALUAN Pulau Pinang untuk mengadakan program Hari Keluarga bagi anggota warga pulau. Hari Keluarga yang diadakan sempena cuti Thaipusam  ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan ukhuwah dan mahabbah di kalangan anggota serta ahli keluarga mereka. Sekitar 20 keluarga HALUAN hadir memeriahkan program kali ini.


Program bermula dengan ucapan aluan daripada Cikgu Shapiee Hashim dan Prof Madya Dr Zubir Mat Jefri dan diteruskan dengan tazkirah ringkas. Ustaz Syukri Shaari dari Sekolah Menengah Haji Zainal Abidin dalam tazkirahnya mengajak semua mengambil peluang keberadaan di tepi pantai untuk mentadabbur alam ciptaan Tuhan kerana di sebalik setiap ciptaan Tuhan terdapat tanda-tanda bagi manusia untuk mengenal dan mengingatiNya.

Kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh semua ialah aktiviti berkayak yang hanya dapat dijalankan bermula jam 11 pagi setelah air mula pasang. Aktiviti berkayak terbahagi kepada tiga sesi, bermula dengan sesi untuk lelaki, sesi untuk wanita dan akhirnya sesi untuk keluarga dan anak-anak.