fbpx

HALUANSiswa menyasarkan 300 orang bakal penuntut IPT

HALUANSiswa menyasarkan 300 orang bakal penuntut IPT

HALUANSiswa menyasarkan 300 orang bakal penuntut IPT

BANGI, 10 April 2012 -– Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) menyasarkan 300 orang bakal penuntut IPT untuk menyertai Seminar Hijrah Menara Gading (HiMEGA) 2012. Kumpulan sasar tersebut terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta lepasan pra-universiti dan matrikulasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Seminar yang diadakan di peringkat nasional dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Sarjana Muda (PERSADA) KUIS ini akan dijalankan di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dari 21 hingga 23hb April 2012.

Pengarah Program HiMEGA 2012, Sdr Mohamad Muhsin bin Mohamad Suhor, 21, berkata, “HiMEGA bertujuan untuk memberi taklimat dan penerangan secara menyeluruh berkenaan perkara-perkara penting melibatkan persediaan teknikal dan jiwa sebelum melangkah ke alam universiti.” Beberapa orang tokoh akademik dari pelbagai universiti akan dijemput untuk membentangkan beberapa kertas kerja kepada para peserta. Pelbagai aktiviti yang menarik akan dijalankan di seminar yang bertemakan “Nurturing ‘Alim Mujahid” ini, seperti ujian minat dan kerjaya, diskusi dan bengkel mahasiswa, tips belajar di universiti secara berkesan dan juga taklimat carta laluan ijazah ke kerjaya.

Kepada remaja atau ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak mereka ke program ini, silalah layari laman web rasmi HiMEGA ’12 di pautan haluansiswa/haluan.org.my/himega12 untuk mendaftar. Yuran penyertaan program ini ialah RM70.00 seorang sahaja. Tempat penginapan, bahan nota dan makanan turut disediakan.