fbpx

HALUANITA Pulih Ekonomi Wanita Donggala

HALUANITA Pulih Ekonomi Wanita Donggala

HALUANITA Pulih Ekonomi Wanita Donggala

DONGGALA, SULAWESI, 11 Feb 2019 – HALUAN amat komited dan prihatin dalam mendampingi wanita Donggala untuk kembali melaksanakan aktiviti pemulihan ekonomi di sini akibat kehidupan mereka yang terjejas teruk sejak gempa dan tsunami yang melanda wilayah itu September 2018 lepas.

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemampuan masyarakat yang terkesan akibat bencana gempa, tsunami dan likuifaksi di Kabulaten Donggala. Terdahulu HALUAN telah menyalurkan bantuan peralatan dan kelengkapan perusahaan bagi kelompok wanita di kabupaten tersebut.

Menurut Ketua Biro HALUANITA, Dr. Zurina Muda, khidmat nasihat dan latihan yang telah diberikan oleh pakar-pakar ekonomi dan usahawan HALUAN sebelum ini diharapkan akan lahir usahawan-usahawan mahir di setiap perkampungan Rumah Prihatin HALUAN.

“Walaupun bermula daripada usaha kecil-kecilan, dengan komitmen dan kesungguhan yang kuat, diharapkan mereka dapat mengembangkan usaha ekonomi ini menuju ke arah berdikari,” katanya.

Dr. Zurina juga berharap agar usaha-usaha ekonomi wanita Donggala ini memenuhi taraf antarabangsa yang layak memasuki pasaran yang lebih besar dan luas pada suatu masa nanti.

Terdapat pelbagai jenis keusahawanan kelompok wanita yang berbeza-beza antara lain usaha pembuatan abon (serunding), bawang goreng, menjahit serta bercucuk tanam. HALUANITA sebagai sayap penggerak wanita dalam HALUAN berharap, supaya masyarakat di sana yang menjadi mangsa agar segera bangkit untuk memperbaiki keadaan dan kemampuan diri mereka dengan kaum hawanya memainkan peranan penting dalam memperbaiki ekonomi keluarga berserta bimbingan keagamaan untuk anak-anak mereka yang terselamat daripada tragedi menyayat hati itu.

Teruskan sumbangan ikhlas anda untuk membantu mangsa-mangsa bencana di sana dengan menderma melalui:


Rumah HALUAN Prihatin Donggala

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

atau

Tabung Kebajikan Dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Islamik
No akaun: 5622 6350 2611
Whatsapp [Nama, #RumahPrihatin & Resit] ke http://www.wasap.my/60103005141

_
Laporan mediaHALUAN
Donggala, Sulawesi