fbpx

HALUAN Tour Langkawi 100km

HALUAN Tour Langkawi 100km

HALUAN Tour Langkawi 100km

LANGKAWI, 7 Februari – Kelab Basikal HALUAN Kedah/Perlis telah menganjurkan aktiviti jelajah berbasikal ‘HALUAN Tour Langkawi’ sejauh hampir 100 km mengelilingi Pulau Lagenda Langkawi pada 5 dan 6 Februari yang lalu.


Seramai sembilan orang ahli kelab telah terlibat menjayakan program dua hari yang benar-benar menguji ketahanan fizikal peserta.

Menurut pengarah program, Sdr Hairey Hamzah, objektif utama aktiviti tersebut adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan ahli-ahli kelab serta merasai kebersamaan dan menyantuni anak-anak yatim disamping mempromosi HALUAN kepada masyarakat.

Kayuhan terbahagi kepada dua peringkat di mana peringkat pertama peserta memulakan kayuhan dari Pekan Kuah menuju ke Kedawang sejauh 65km. Di Kedawang, mereka berhenti bermalam di Kompleks Anak Yatim/Miskin HALUAN. Persinggahan sebentar mereka amat dialu-alukan oleh seluruh penghuni komplek tersebut. Kesempatan berada disitu diisi dengan program makan malam bersama, BBQ dan beramah mesra bersama anak-anak yatim.  Keriangan jelas terpancar pada wajah-wajah mereka yang telah lama kehilangan sentuhan kasih sayang dari ibubapa apabila didekati oleh peserta program.

Pada hari kedua, peserta melalui laluan berbukit yang lebih mencabar sejauh 35 km untuk balik ke Pekan Kuah. Semua peserta akhirnya berjaya menamatkan kayuhan peringkat kedua pada jam 10 pagi.  Menurut Hairey lagi, jelajah seumpama ini akan dijadikan acara tahunan dan terbuka kepada ahli HALUAN yang berminat. Misi kayuhan berikutnya untuk tahun ini dirancang pada bulan Jun nanti bermula dari Perlis hingga ke Satun, Thailand.  Ahli HALUAN yang berminat untuk menyertai program jelajah akan datang boleh menghubungi Hairey bin Hamzah di talian 012-4435711.

Berikut adalah nama-nama peserta yang terlibat dalam jelajah ‘HALUAN Tour Langkawi’: Hairey bin Hamzah, Mohd Akram bin Dahlan, Mohd Fuad Zakiy bin Abd Manaf, Saiful Kareem bin Ariffin, Mohd Shahnaz bin Desa, Shafik bin Shukur, Ahmad Zaini bin Samsudin, Mohd Afif bin Abd Malek dan Johare Harun yang berusia 58 tahun. Jelajah ini diiringi oleh pacuan empat roda yang dipandu oleh Saudara Akhyar.