fbpx

HALUAN Terus Bantu B40 Dengan Pek Makanan

HALUAN Terus Bantu B40 Dengan Pek Makanan

HALUAN Terus Bantu B40 Dengan Pek Makanan

KUALA KANGSAR, 19 Mei 2020 – Seramai 28 keluarga dari Kampung Paya Lintah dan Kampung Sayong Lembah telah menerima sumbangan pek makanan asas daripada Program Sejuta Barakah Ramadan yang diedarkan oleh Biro Kebajikan HALUAN Perak bertujuan membantu golongan miskin. Bantuan diberikan termasuk beras, gula, tepung dan lain-lain.

Di Kampung Paya Lintah, 14 sumbangan Iftar kepada keluarga B40 diserahkan oleh NYDP2 HALUAN Perak, Encik Abdul Manap Mohamed Noor dan Puan Norzian Abd Rashid merangkap AJK Biro Kebajikan HALUAN Perak disertai beberapa ahli Kelab Siswa HALUAN.

Mantan Ketua kampung Paya Lintah, Encik Amir Fahmy Nadzri dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih bagi pihak B40 Kampung Paya Lintah kepada Biro Kebajikan HALUAN Perak atas sumbangan yang diterima. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran Penasihat HALUAN Perak, Encik Kamaruddin Salim. Beliau juga mendoakan agar Allah SWT memberkati usaha-usaha yang dilaksanakan oleh organisasi HALUAN.

Sementara itu di Kampung Lembah Sayong, Biro Kebajikan HALUAN Perak telah mengedarkan pek makanan kepada seramai 14 buah keluarga B40 di sana dibantu oleh beberapa wakil Kelab Siswa HALUAN Perak.

Biro Kebajikan HALUAN Perak, mengucapkan terima kasih kepada semua penderma dan ahli yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini.

Ayuh kita terus berbakti walaupun sedikit. Ringankan beban hidup golongan B40 agar mereka juga dapat menyambut Aidil Fitri dalam senyuman. Teruskan menderma melalui kempen Sejuta Barakah Ramadan ini:


Laporan Hajar Manap, Kelab Siswa HALUAN Perak