fbpx

HALUAN Terima Sumbangan MAIS

HALUAN Terima Sumbangan MAIS

HALUAN Terima Sumbangan MAIS

SHAH ALAM, 8 Jan 2016 — HALUAN Selangor telah menjadi salah sebuah daripada 75 buah NGO Islam di negeri ini yang menerima sumbangan khas daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 7 Januari lepas.

Ia merupakan sumbangan kewangan sebanyak RM10,000 bagi membantu HALUAN melaksanakan program kerjasama dengan MAIS/JAIS dalam menggerakkan aktiviti dakwah dalam negeri. Sumbangan fasa 2 2015 ini difahamkan diagihkan dua kali dalam setahun.

Pada majlis ringkas tersebut, HALUAN diwakili oleh Encik Mohd Mokhtar Abu Bakar selaku Setiausaha Negeri Selangor yang menerima sumbangan berkenaan daripada pengerusi jawatankuasa penyelarasan NGO-i MAIS, Dato’ Pahlawan Mohd Shukri Dahlan, yang juga Ahli Majlis Agama Islam Selangor.

“Di antara tujuan sumbangan ini adalah untuk menjalinkan kerjasama dalam kerja kebajikan dan dakwah Islam di negeri Selangor. Sumbangan ini diberi mengikut aktiviti utama NGO tertentu. Kami ingin menganggap anda sebagai agen kepada MAIS/JAIS dalam membantu kami membanteras segala ajaran sesat yang berlaku di negeri ini. Kami berharap agar NGO semua lebih berani ke hadapan dalam mempertahankan Islam bila timbul isu-isu pihak yang cuba memperlekehkan agama kita. Untuk itu, MAIS akan mengadakan seminar dan perjumpaan dari masa ke semasa dengan menjemput NGO bersama,” kata beliau.

Sementara itu, Timbalan YDP HALUAN Selangor, Encik Hamdan Mokhtar berkata HALUAN Selangor amat berterima kasih kepada MAIS kerana menghargai sumbangan yang telah ia laksanakan selama ini. Daripada projek pembelaan anak yatim dan miskin serta ibu tunggal, dakwah kepada non-Muslim, kebajikan mualaf, misi kemanusiaan banjir sehingga kelas serta seminar motivasi pemikiran Islam di peringkat kolej dan universiti, HALUAN telah memainkan peranan aktif dalam mendepani kehendak masyarakat di bandar dan di desa, bersesuaian dengan motonya, Berakhlak, Mendidik dan Berbakti.


Laporan mediaHALUAN