fbpx

HALUAN Terima Kunjungan Tetamu Luar Negara

HALUAN Terima Kunjungan Tetamu Luar Negara

HALUAN Terima Kunjungan Tetamu Luar Negara

BANDAR BARU BANGI, 17 Dis 2018 – HALUAN dikunjungi oleh beberapa wakil NGO dari luar negara baru-baru ini seperti Kyrgyzstan, Tanzania, Indonesia, Lubnan dan Arab Saudi di bawah program “SMART- Strategic Management Training” yang dianjurkan oleh NAMA Foundation.

Program ini telah dihadiri oleh Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman dan CEO NAMA Foundation, Dr. Saleh Bazead Saleh Mubarak.

Pengurus Media HALUAN, Encik Mohd Nizam Mohamad Awang telah memberi penerangan mengenai organisasi HALUAN termasuk program HALUAN yang sedang berjalan di seluruh pelusuk dunia dan dalam negara.

Semasa sesi terakhir soal-jawab, wakil-wakil negara berkenaan telah diberikan peluang untuk bertanyakan soalan mengenai usaha, pencapaian dan cabaran yang dihadapi oleh HALUAN dan ini dijawab sendiri oleh Presiden.

HALUAN sangat menghargai usaha oleh NAMA Foundation kerana secara tidak langsung telah memperkenalkan HALUAN kepada negara-negara luar dalam membina jaringan kerjasama yang lebih bermakna demi mengharmonikan dunia ini dengan akhlak terbaik dan kebaktian yang saksama.


Laporan unit mediaHALUAN

CEO NAMA Foundation, Dr. Saleh Bazead Saleh Mubarak
Pengurus Media HALUAN, Encik Mohd Nizam Mohamad Awang
Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman