fbpx

HALUAN Terengganu Bantu “Frontliners”

HALUAN Terengganu Bantu “Frontliners”

HALUAN Terengganu Bantu “Frontliners”

KUALA TERENGGANU 9 Apr 2020 – Kebolehan menjahit oleh sukarelawan wanita HALUANITA cawangan Terengganu telah membuka peluang HALUAN negeri membantu kerja-kerja menyiapkan set PPE isolation gown untuk kegunaan para “frontliners” Kementerian Kesihatan di negeri itu.

Kerjasama antara Skuad Bantu Terengganu dan HALUAN telah mendapat kepercayaan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu untuk menjahit set PPE isolation gown tersebut.

Pada peringkat awal kerjasama Skuad Bantu yang diwakili oleh Mohd Hafizuddin Abd Rahman dan Dr Ruwaidy Mat Rasul, dan HALUAN diwakili oleh Mohd Jamil Muda hanya memberi fokus kepada penghasilan PPE face shield, sebelum berpindah kepada pembuatan gaun pakai-buang itu.

Pakaian keselamatan pencegah jangkitan itu amat diperlukan di seluruh negara dan stoknya amatlah terhad. Tindakan pantas pihak HALUAN Terengganu ini dalam rangka memudahkan Jabatan berkenaan berfungsi dengan lebih selesa dan selamat.

Kerja-kerja menyiapkan gown itu dibahagikan mengikut kemahiran dan mesin yang ada pada setiap ahli.

Menurut Puan Rohaya Kadir selaku Ketua Kluster Jahitan Biro HALUANITA Terengganu: “Alhamdulillah, setakat ini kerja-kerja yang kami susun berjalan lancar dan dijangkakan kami akan dapat menyiapkan sebanyak lebih kurang 2,500 helai gaun, 1,200 pasang boot cover dan 2,250 helai headcap pada minggu hadapan.”

Berkata Encik Jamil pula, projek membantu “frontliners” ini mustahil akan berjaya jika tidak ada sumbangan derma orang ramai.

“Para perawat perubatan ini mereka bersabung nyawa setiap kali mereka masuk lapor diri untuk bekerja. Mereka pun sama seperti kita, ada isteri, suami, anak-pinak, ibubapa yang mereka perlu risaukan demi tidak membawa pulang kuman virus ini ke rumah tanpa disedari. Apalah sangat sumbangan kita untuk memastikan mereka sihat dan selamat supaya mereka boleh teruskan berjihad membantu kita orang awam ini.”

Orang ramai yang ingin menyumbang kepada kerja-kerja amal ini bolehlah terus menyalurkan bantuan kewangan kepada akaun: HALUAN CAWANGAN TERENGGANU, Bank Islam, no akaun: 130 170 1082 4029 (reference Bantu HALUAN) dan WhatsApp slip anda kepada Hidayah di talian +6019-9636 283.


Laporan unit mediaHALUAN, HALUAN Terengganu