fbpx

HALUAN Sertai Seminar Pemuda Al-Quds Sedunia

HALUAN Sertai Seminar Pemuda Al-Quds Sedunia

HALUAN Sertai Seminar Pemuda Al-Quds Sedunia

Kuwait, 3 Julai — HALUAN Malaysia telah menghantar tiga orang wakil untuk menyertai Seminar Pemuda untuk al-Quds Sedunia di Kuwait. Seminar ini disertai oleh hampir 30 buah negara yang majoritinya adalah negara-negara Arab dan Afrika.


Menurut Ketua Biro HALUAN Palestin, Dr Syed Muhamad Haleem Syed Hassan al-Hadad, seminar anjuran Ikatan Pemuda untuk al Quds Antarabangsa tersebut bermula 3 Julai dan dijadualkan berakhir pada 7 Julai ini. HALUAN merupakan satu-satunya NGO yang mewakili Asia Tenggara dalam seminar kali ke-enam ini, yang disokong oleh Kerajaan Kuwait selaku tuan rumah.

Terdahulu, perwakilan HALUAN sempat mengadakan kunjungan hormat ke Kedutaan Besar Malaysia ke Kuwait dan memberi sedikit penjelasan berkenaan tujuan kehadiran dan jadual umum program seminar tersebut.

Menurut Dr Syed Haleem, di antara pesanan para ulamak dan cendekiawan di situ adalah supaya umat Islam yang memperjuangkan isu Palestin agar menjaga niat mereka dalam beramal. “Jangan menangguh amal yang baik dan menilai kesan amalan pada rupa luaran kerja sahaja dalam menentukan ianya amal qawiy atau amal dhoif ataupun sebagai amal aula dan sebaliknya. Niat itu penting dalam menentukan siapa memperolehi barakah Allah SWT. Setiap amal soleh itu perlu disebarkan; baik dalam perbualan atau apa jua bentuknya,” katanya memetik intisari perbincangan yang berjalan.

Forum pertama bertajuk Penyelewangan-penyelewenang Yahudi berkitar tentang al Quds dan Palestin telah disertai panelis Dr Muhsin Saleh, Dr Isa al Qaddumi, dan Dr Mohammad al Halqawiy.

Di dalam kertas kerjanya yang bertajuk Penipuan Undang-Undang dalam Hak Yahudi di Palestin, Dr Muhsin Saleh menyimpulkan bahawa tiada  sebarang sandaran atau dokumen dalam menyatakan hak penempatan Yahudi di Palestin. Penjelasan yang ada cumalah  penglibatan Barat, terutamanya Britain, Amerika dan Perancis, dalam menempatkan Yahudi di bumi Palestin tanpa melihat atau meminta pandangan bangsa Palestin dalam membahagikan bumi Palestin kepada dua.

“Israel tidak pernah memenuhi syarat keanggotaannya ke dalam PBB iaitu memberikan hak kembali kepada Rakyat Palestin di luar; pembahagian asal adalah 45% untuk Arab 54% untuk Yahudi; serta al-Quds menjadi kawasan antarabangsa. Kewujudan Yahudi di Palestin hari ini terdiri daripada lebih 90 warganegara dan menggunakan 70 bahasa.

Khurafat lain adalah di sekitar Palestin di mana penduduk dikatakan menjual tanah mereka kepada Yahudi,” katanya lagi.

Dr Isa al Qaddumi pula berkata perihal jualan tanah itu adalah suatu dusta besar. “Hanya 0.9 % tanah dibeli oleh Yahudi di Palestin. Itupun bukan dijual oleh bangsa Palestin tetapi sebuah pengkhianatan yang dilakukan oleh warga Arab lain yang memajak tanah tersebut daripada kerajaan Uthmaniyyah”.