fbpx

HALUAN & Sekolah Ibn Khaldun Sumbang Kepada Penduduk

HALUAN & Sekolah Ibn Khaldun Sumbang Kepada Penduduk

HALUAN & Sekolah Ibn Khaldun Sumbang Kepada Penduduk

SHAH ALAM, 28 Mac 2020 – HALUAN cawangan Selangor dengan kerjasama Sekolah Ibn Khaldun dan Jawatankuasa Surau Ar-Rahman telah menyalurkan sumbangan kepada masyarakat di sekitar Jalan Haji Said, Kampung Jalan Kebun yang terjejas rezeki mereka akibat wabak COVID-19.

Sumbangan berupa keperluan asas itu diserahkan oleh wakil HALUAN Selangor, Encik Yusoff Mustapha yang juga Pengerusi Surau Ar-Rahman di sini. Sumbangan ini diharapkan akan dapat meringankan sedikit beban masyarakat setempat yang susah bagi mengharungi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berlangsung sehingga 14 April ini.

HALUAN Selangor akan terus bertekad untuk cakna dengan kondisi ummah dan akan cuba menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti ini.


Laporan Biro Kebajikan HALUAN Selangor