fbpx

HALUAN Sasar Ibadah Korban di Lima Zon Antarabangsa

HALUAN Sasar Ibadah Korban di Lima Zon Antarabangsa

HALUAN Sasar Ibadah Korban di Lima Zon Antarabangsa

BANDAR BARU BANGI, 24 Julai 2016 – HALUAN sekali lagi melancarkan Program Ibadah Korban bagi tahun 1437H di Ibu Pejabat HALUAN di sini.

Pelancaran tersebut berlangsung serentak dengan Majlis Sambutan Aidil Fitri HALUAN di sini. Ia menandakan permulaan program korban secara rasmi, dengan objektif utamanya untuk menyalurkan bantuan kemasyarakatan dalam bentuk daging korban kepada masyarakat Islam yang lebih memerlukan di negara-negara lain.

“Program Ibadah Korban HALUAN adalah program tahunan yang dilaksanakan bagi memberi peluang kepada masyarakat Malaysia membantu saudara seIslam di negara-negara yang memerlukan. Selain itu, program ini juga membuka ruang bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban namun tidak mempunyai kewangan yang kuat memandangkan terdapat bahagian-bahagian korban yang ditawarkan berharga lebih murah berbanding di dalam negara,” berkata Encik Mohd Azhar Md Idris, Ketua Biro Kebajikan HALUAN.

Majlis Sambutan Aidilfitri itu turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada NGO lain dan ahli-ahli HALUAN daripada tiga cawangan iaitu HALUAN cawangan Putrajaya, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Majlis tamat sekitar pukul 11.30 pagi selepas tamatnya sesi Pemberian Duit Raya kepada kanak-kanak.

Menurut Encik Mohd Azhar lagi “tahun ini kita cuba menerobos sebuah negara lagi iaitu Sudan. Kita sedaya upaya berusaha untuk mengekalkan harga seperti tahun lepas setelah mengambil kira keadaan ekonomi negara ini yang kurang stabil. Kita berharap dengan langkah ini, semakin ramai rakyat Malaysia akan menyertai program ini.”

HALUAN menjemput orang ramai yang ingin mengambil bahagian dalam korban kali ini agar melayari laman web khusus di http://korban.haluan.org.my. Semua maklumat lengkap yang diperlukan terkandung di dalamnya.

Empat pakej berasingan ditawarkan yang meliputi zon-zon Asia, Syria dan Jordan, Palestin dan Afrika. Harga adalah serendah RM320 sehingga RM1,800. Pendaftaran serta bayaran penyertaan adalah melalui online sepenuhnya. Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi talian hotline Program Ibadah Korban HALUAN iaitu 010-300 5141.


Laporan Muhammad ‘Izzat Mohd Ghani, Setiausaha Kerja Biro Kebajikan