fbpx

HALUAN Santuni Masyarakat Cina di Seremban

HALUAN Santuni Masyarakat Cina di Seremban

HALUAN Santuni Masyarakat Cina di Seremban

SEREMBAN, 29 Jan 2025 – HALUAN cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation (HCF) dan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) telah menganjurkan Program Santuni Masyarakat Cina sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari dengan penyertaan seramai 20 orang sukarelawan terdiri daripada 6 lelaki dan 14 wanita. Bertemakan “Islam for Allah”, ia bertujuan mendekati masyarakat Tionghoa melalui kunjungan mesra ke rumah mereka sambil menyampaikan sedikit buah tangan sebagai tanda ingatan.

Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Ketua Biro HALUAN Fitrah Negeri Sembilan, Encik Noorazmi Ahmad Khariry di Masjid Klana Petra Lela, Sikamat. Dalam taklimatnya, beliau menekankan kepentingan memupuk hubungan harmoni antara masyarakat pelbagai kaum serta menonjolkan aspek nilai-nilai Islam yang menitikberatkan perpaduan dan kasih sayang. Setelah sesi taklimat, para peserta bergerak ke lokasi sekitar Sikamat untuk menziarahi 30 keluarga Tionghoa yang telah dikenal pasti.

Sepanjang lawatan, para peserta berinteraksi dengan mesra bersama penduduk setempat, memperkenalkan nilai-nilai murni dalam Islam serta menyampaikan sumbangan buah tangan sebagai tanda keprihatinan. Program ini mendapat sambutan sangat positif daripada masyarakat Cina yang diziarahi dan mereka menyatakan penghargaan atas inisiatif yang dijalankan oleh pihak penganjur.

Kunjungan ini juga menjadi platform untuk membina hubungan baik dan memperkukuhkan keharmonian antara kaum di Negeri Sembilan.

Program berakhir pada jam 12.00 tengah hari dengan sesi perbincangan bersama petugas dan rumusan di lokasi berkumpul. Para peserta berkongsi pengalaman serta cadangan bagi memperbaiki program pada masa hadapan. Pihak penganjur berharap program sebegini dapat diteruskan sebagai usaha berterusan dalam mengeratkan hubungan antara masyarakat Muslim dan bukan Muslim di Malaysia.


Laporan Dr. Zainab Aman
Setiausaha Biro HALUAN Fitrah Negeri Sembilan