fbpx

HALUAN Sambung Semula Projek Edu Banun  

HALUAN Sambung Semula Projek Edu Banun  

HALUAN Sambung Semula Projek Edu Banun  

TASIK BANDING, PERAK,  8 Okt 2022 — HALUAN cawangan Pulau Pinang telah meneruskan semula projek Program Pembangunan Minda Edu Banun (PPMEB) selepas lebih dua tahun program Edu Banun secara berdepan dihentikan disebabkan pandemik COVID-19.

Projek sulung ini telah dilaksanakan di Kampung Air Banun di sini, salah sebuah kampung tertua dalam kluster Rancangan Penempatan Semula orang asli semasa pembinaan empangan hidro yang memerlukan mereka berpindah ke tanah tinggi. Keseluruhan penduduk kampung tersebut yang hampir 200 orang adalah buta huruf sepenuhnya.

Menurut Pengarah Program Edu Banun, Puan Dalmataksiah Mohd Zain, matlamat Program Pembangunan Minda Edu Banun adalah memupuk kesedaran kepada anak-anak dan ibubapa orang asli Air Banun tentang pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Program berbentuk pendidikan akademik dan keagamaan ini akan memfokuskan kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai teras utama. Kaedah ilustrasi membaca didik hibur digunakan bagi menarik minat mereka untuk belajar.

Seramai empat orang sukarelawan wanita HALUAN dan empat orang fasilitator daripada kalangan anak gadis orang asli telah turun untuk mengendalikan program tersebut pada Sabtu lepas. Seramai 15 orang kanak-kanak orang asli lima ditemani ibu-ibu mereka telah dengan tekun dan penuh minat mengikuti pembelajaran tersebut.

“Dengan tamatnya pandemik ini, kami bertekad untuk masuk mendidik mereka setiap bulan hingga anak-anak ini boleh membaca dan mengira, di samping tahu berwuduk dan bersolat. Pendidikan holistik ini penting untuk mereka menjadi Muslim yang beramal dengan Islam, di samping ilmu akademik akan boleh membawa mereka maju lebih jauh ke hadapan. Inilah matlamat jauh kami,” ulas Puan Dalmataksiah, seorang pesara guru yang banyak pengalaman.

Seperti biasa setiap kali pasukan HALUAN memasuki kampung, sumbangan barang keperluan dapur dihulurkan kepada setiap keluarga kerana golongan mereka semuanya dalam kategori penerima Asnaf Zakat. Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Biro Kebajikan HALUAN, Encik Abdul Halim Khudri. Pada kesempatan ini, HALUAN mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk turut menyumbang demi kebajikan orang asli di Air Banun ini. Sumbangan ikhlas anda boleh disalurkan melalui:

Program Pembangunan Minda Edu-Banun Anak-Anak Orang Asli

RM16,421 of RM100,000 raised

Program Pembangunan Minda Edu-Banum Anak anak Orang Asli Kg Air Banun, Grik, Perak


Objektif

  • Memperkenalkan warna, saiz dan bilangan menggunakan sumber alam semulajadi yang terdapat di persekitaran penempatan mereka.
  • Memperkenalkan kemahiran 3M melalui kaedah Didik Hibur.
  • Memperkukuhkan kemahiran menulis dan membaca mengikut kategori kebolehan setiap kumpulan sasar.

RM
Select Payment Method
Personal Info

Terms

Donation Total: RM100.00

ATAU

Tabung Kebajikan Dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Islamik Berhad
562263502611

Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN)
Bank Islam Malaysia Berhad
14023010025718

Ref: #EduBanun
wa.me/601120511909


Laporan Biro Kebajikan HALUAN P. Pinang