fbpx

HALUAN Salur Pek Makanan di Gaza

HALUAN Salur Pek Makanan di Gaza

HALUAN Salur Pek Makanan di Gaza

Semenjak awal Ramadan, kami sudah mula mengagihkan pek makanan asasi kepada saudara-saudara kita di Gaza.

Allah Akbar! Keadaan mereka sungguh menginsafkan. Gaza masih terkepung sejak 14 tahun, dan sehingga kini masih belum terbela. Keadaan semakin perit dengan penularan COVID-19.

Bantuan kemanusiaan semakin berkurangan! Sedangkan lebih 80% penduduknya bergantung kepada bantuan luar.

Program agihan pek makanan kali ini, kami menyasarkan 100 keluarga sahaja. Bukan tak mahu, tapi kami tahu kita tak mampu. Kami cuma berharap pek sebanyak ini boleh dijadikan jawapan kita di hadapan Allah SWT nanti.

Kami juga menyasarkan 100 keluarga dalam Kem Pelarian Palestin di Ain al-Hilweh, Lubnan. Di sanalah anak-anak Yatim tajaan rakyat Malaysia menumpang hidup. Misi #warmth4palestin 2019 yang lalu begitu menginsafkan.

Harga satu set pek makanan hanyalah RM150. Mungkin bagi kita RM150 adalah nilai bagi bekalan makanan seminggu, tapi bagi mereka RM150 ini adalah talian hayat. Diharapkan talian hayat ini memberi mereka sedikit tenaga untuk terus bertahan demi membela Baitul Maqdis. Satu tugas yang mempertaruhkan nyawa mereka, tugas yang mungkin tidak upaya untuk kita lakukan.

Kongsikan kebahagiaan untuk mengundang #SejutaBarakahRamadan dalam hidup kita.

RM150 Pek Makanan SATU Keluarga
https://www.haluan.org.my/donations/food4palestin/

#StayAtHome

#KitaJagaSemua

#SejutaBarakahRamadan

__
Donate to Sejuta Barakah Ramadan

#StayAtHome – Lakukan Sedekah Dengan Lebih Selamat & Cekap Secara Atas Talian

Subscribe to TVHALUAN
https://goo.gl/zhcazt

Join Broadcast List HALUAN
http://broadcasthaluan.wasap.my