fbpx

HALUAN Pulau Pinang santuni Pusat Perkhidmatan Kebajikan dan Persaudaraan Islam

HALUAN Pulau Pinang santuni Pusat Perkhidmatan Kebajikan dan Persaudaraan Islam

HALUAN Pulau Pinang santuni Pusat Perkhidmatan Kebajikan dan Persaudaraan Islam

BUTTERWORTH, 4 Ogos 2013 — HALUAN Cawangan Pulau Pinang telah menyampaikan sumbangan Ramadan dalam satu majlis yang ringkas tetapi bermakna kepada sekumpulan saudara baru yang memerlukan di Pusat Perkhidmatan Kebajikan dan Persaudaraan Islam yang terletak di Jalan Pantai di sini kelmarin.

HALUAN diwakili oleh Pengerusi Kelab HALUAN Fitrah yang baharu, Dr. Jamaluddin James Laeng Abdullah dan diiringi oleh Encik Ahmad Shukri Nordin. Pusat kebajikan pula diwakili oleh pengerusinya, Encik Kassim Loh Abdullah dan pembantunya, Nornadiah Tung Abdullah.

Kelab HALUAN Fitrah berperanan dalam isu-isu berkaitan pendidikan dan kebajikan mualaf, selain berhasrat mempersembahkan Islam dalam konteks dan mesej yang mudah difahami oleh golongan mualaf dan bukan Islam serta memupuk dialog rentas agama dan budaya yang harmoni.

Majlis dipengerusikan oleh Encik Ahmad Shukri yang membuka majlis dengan ucapan pembukaan ringkas dan disusuli ucapan aluan oleh Encik Kassim dan Dr Jamaluddin. Sumbangan kepada mualaf telah disempurnakan oleh Encik Kassim dan Dr. Jamaluddin.

Pusat kebajikan yang telah beroperasi sejak 30 tahun yang lalu ini merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan oleh Encik Raimi Abdullah yang juga merupakan seorang saudara baru. Pusat ini menerima ujian besar apabila Encik Raimi yang merupakan tonggak utama dan pengasas pusat ini telah ditimpa penyakit angin ahmar dan tidak lagi berupaya mengerah kudratnya untuk berbakti di sini. Kini, pusat yang serba sederhana ini diterajui oleh Encik Kassim untuk meneruskan khidmat mulia ini.

Pusat ini giat menjalankan kelas-kelas al-Quran dan pengajian agama untuk saudara baru serta mengambil berat kebajikan saudara baru yang amat memerlukan. Mereka yang menerima khidmat di sini mempunyai latar belakang yang pelbagai tetapi rata-ratanya hidup di bawah paras kemiskinan. Pusat ini memerlukan bantuan dan sumbangan orang ramai untuk terus memberikan khidmat kepada saudara-saudara baru seagama. Kegigihan relawan-relawan di sini untuk memastikan saudara baru mendapat bimbingan agama dan pembelaan sewajarnya merupakan contoh persaudaraan Islam yang wajar dicontohi.


Laporan oleh Dr. Jamaluddin James