fbpx

HALUAN – PTSB Jalin Kolaborasi Rasmi

HALUAN – PTSB Jalin Kolaborasi Rasmi

HALUAN – PTSB Jalin Kolaborasi Rasmi

KULIM, 7 Mac 2018 – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) di sini telah menandatangani Sijil Jalinan Kerjasama semalam dengan beberapa buah agensi kerajaan, syarikat swasta dan NGO demi memperkasakan kualiti graduannya.

Pada hari Selasa 6hb Mac, PTSB melalui Pengarahnya, Mej. (K) Mohd Noor Shahudin, telah memetrai perjanjian dengan FAMA negeri Kedah, Ptime Resources, HALUAN, HERE Sdn Bhd, Scientific & Technical Sdn Bhd, dan MSA & Co Chartered Accountants (M).

“Aset material dan tenaga professional daripada kedua-dua pihak dalam kerjasama ini mampu digabungkan untuk memanfaatkan pelajar kami dan seterusnya kepada kesejahteraan rakyat Malaysia. Satu indeks positif yang dapat dikesan, hasil daripada jalinan sebegini ialah peningkatan peratusan kebolehpasaran graduan-graduan PTSB dalam memperoleh pekerjaan sehingga 95 peratus,” ujar beliau di majlis menandatangani koloborasi berkenaan.

HALUAN dengan motto, Berakhlak, Mendidik dan Berbakti berbesar hati menyertai koloborasi dengan PTSB ini. HALUAN sudahpun pernah mengadakan beberapa program untuk pelajar PTSB terutamanya siri ceramah kemanusiaan dan kesukarelawanan. Dengan terjalinnya kerjasama rasmi ini, HALUAN boleh memainkan peranan yang lebih signifikan dalam membantu mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pelajar terutamanya dalam aspek pembinaan jatidiri dan hubungan dengan masyarakat.

HALUAN telah di wakili oleh Ketua Biro Misi Kemanusiaannya, Dr. Baharudin Suri dalam menandatangani Sijil Jalinan Kolaborasi di antara PTSB dan HALUAN itu. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YDP HALUAN cawangan Pulau Pinang, Encik Che’ Ani Hashim dan beberapa ahli HALUAN Pulau Pinang.

“Usaha Jalinan Kolabrasi yang murni ini bukan sahaja akan memberi impak yang lebih positif kepada masa hadapan para pelajar tetapi ia juga peluang untuk ahli-ahli HALUAN sekitar meningkatkan pengalaman berinteraksi dan mengurus bersama program-program kemasyarakatan dengan masyarakat di kampus,” jelas Dr Baharudin lagi.

_
Laporan Urusetia BMK,
HALUAN cawangan Pulau Pinang