fbpx

HALUAN P.Pinang Lancar Tabung Maya Ramadan

HALUAN P.Pinang Lancar Tabung Maya Ramadan

HALUAN P.Pinang Lancar Tabung Maya Ramadan

PERMATANG PAUH, 29 Apr – HALUAN cawangan Pulau Pinang telah melancarkan Tabung Ramadan 2020/1441H secara maya demi mengumpul dana bagi pembangunan Sekolah Menengah Agama Ibrah yang merupakan sekolah angkat HALUAN Pulau Pinang.

HALUAN Pulau Pinang membuktikan bahawa usaha untuk mendidik dan berbakti tidak terhenti meskipun dengan penularan wabak COVID-19, apabila buat julung kalinya majlis pelancaran Tabung Ramadan itu telah diadakan secara maya.

Majlis pelancaran telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis, Ustaz Abdul Rahhim Wahab. Setelah itu, beliau menjemput saudara al-Hafiz Abdullah Zubair Rozaini memberkati majlis dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quranul Karim. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh YDP HALUAN Pulau Pinang, Encik Ahmad Shukri Nordin. Majlis diserikan lagi dengan ucapan khas penceramah jemputan iaitu Ustaz Abdul Hadi Othman yang sekaligus merasmikan pelancaran Tabung Ramadan 2020/1441H.

Majlis ini merupakan kesinambungan daripada majlis yang telah dijalankan secara tahunan sejak tertubuhnya institusi ini. Sekolah Menengah Agama Ibrah telah mula beroperasi sejak tahun 2010 setelah penubuhannya diluluskan secara rasmi oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Terdahulu, institusi ini telahpun melalui dua fasa pembangunan dan kini memasuki fasa ketiga yang bermula pada tahun 2016. Fasa tersebut mensasarkan pembinaan bangunan 4 tingkat yang mengandungi kemudahan asrama, bilik darjah, pusat sumber dan bengkel.

Berkata Ustaz Abdul Hadi, “Pelancaran ini diadakan pada bulan yang penuh berkat dan rahmat. (Ramadan merupakan) bulan keampunan yang Allah SWT sediakan peluang untuk kita semua melakukan amal-amal kebaikan.”

Maklumat lanjut mengenai sekolah dan peluang menderma di bulan mulia ini boleh dilayari di laman sesawang ibrah.edu.my/menengah.


Laporan Muhamad Ashiq Akif Ab Aziz, HALUAN P.Pinang