fbpx

HALUAN Meterai Perjanjian Program Pendidikan Komuniti Rohingya

HALUAN Meterai Perjanjian Program Pendidikan Komuniti Rohingya

HALUAN Meterai Perjanjian Program Pendidikan Komuniti Rohingya

BANDAR BARU BANGI, 7 Sep 2017 — HALUAN dengan kerjasama NAMA Foundation memperhebat komitmen untuk membantu komuniti Rohingya di Malaysia melalui program pendidikan terancang khusus untuk anak-anak mereka.

Untuk tujuan itu, satu majlis menandatangani perjanjian bagi membiaya projek “Rohingya Community Educare Center” telah disempurnakan di ibu pejabat HALUAN di sini tengahari tadi.

HALUAN telah diwakili oleh Timbalan Presidennya, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abu Azam Md Yassin, manakala NAMA Foundation diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Saleh Mubarak Saleh Bazead. Majlis tersebut turut disaksikan oleh Setiausaha Agung HALUAN, Sr. Mohd Sabbri Md Yudin, dan beberapa orang wakil komuniti Rohingya di Malaysia.

NAMA Foundation yang berpengkalan di Jeddah merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memberi tumpuan dalam program pembangunan pendidikan dan kemahiran.

Dr. Saleh Mubarak dalam ucapan aluannya mengharapkan umat Islam memimpin budaya kerja sukarela dalam kebajikan dan kemanusiaan. “Kita harus menjalin dan mengembang kerjasama dalam menjayakan projek-projek kemanusiaan,” kata beliau.

Di peringkat awal program ini, HALUAN akan melatih lima orang relawan, dua daripanya adalah dari kalangan masyarakat Rohingya untuk mengajar kemahiran membaca, menulis dan aritmetik kepada 35 kanak-kanak di pusat-pusat penempatan pelarian Rohingya untuk tempoh 12 bulan.

Kerjasama dalam sektor pendidikan ini penting bagi mengelak masyarakat Rohingya di Malaysia daripada terpengaruh dalam masalah sosial atau jenayah. “Kita merancang untuk memberi pendidikan yang seimbang dari segi spiritual, fizikal dan pemikiran anak-anak Rohingya, supaya mereka dapat dibina menjadi pemimpin dan seterusnya bebas dari kemiskinan,” jelas Ketua Biro Misi Kemanusiaan HALUAN, Dr. Baharudin Suri, yang turut hadir dalam majlis tersebut.

Sehingga akhir Januari 2017, seramai 150,430 pelarian dari Myanmar berdaftar dengan UNHCR di Malaysia. Lebih 30,000 daripadanya adalah kanak-kanak, di mana mereka tidak mendapat pendidikan kerana tidak mempunyai dokumen peribadi.


Laporan Fatin Athirah Abdul Sani, Setiausaha Kerja, Biro Misi Kemanusiaan