fbpx

HALUAN Mengutuk Serangan Kejam Tentera Mesir

HALUAN Mengutuk Serangan Kejam Tentera Mesir

HALUAN Mengutuk Serangan Kejam Tentera Mesir

Untuk Siaran Segera,
15 Ogos 2013

BANDAR BARU BANGI, 15 Ogos 2013 — HALUAN mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kekejaman dan tidak berperikemanusiaan ke atas rakyat Mesir dalam serangan besar-besaran tentera Mesir semalam.

Fakta kekejaman terbaru rejim Mesir terhadap rakyat awam sehingga hari ini menunjukkan ribuan telah dibunuh, puluhan ribu orang awam tercedera termasuklah wanita dan kanak-kanak.

Hal ini berlaku hanya kerana rakyat Mesir menuntut kebebasan, keadilan, keamanan, demokrasi dan hak asasi. Tindakan menghalang perhimpunan aman rakyat Mesir dengan membunuh dilihat sebagai langkah kejam. Rakyat Mesir tidak wajar dihukum mahupun dibunuh sedemikian rupa.

HALUAN melihat perkara ini sebagai satu bentuk jenayah yang kejam, zalim dan di luar peri kemanusian. HALUAN menggesa agar pembunuhan terhadap rakyat Mesir dihentikan serta merta. Amalan demokrasi yang diyakini sebelum ini perlu dikembalikan.

HALUAN sebagai sebuah badan NGO dengan ini menyeru seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela tindakan ketenteraan, keganasan seterusnya mengembalikan hak pemerintahan kepada rakyat Mesir yang telah memilih kepimpinan mereka secara demokratik dengan sah.

HALUAN memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar mengembalikan keamanan kepada Mesir dan kezaliman dapat dibanteras.

Presiden HALUAN
Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman

Hubungi:
Khairul Azman, +6019 362 9391