fbpx

HALUAN Lancar Umrah Tarbawiyah

HALUAN Lancar Umrah Tarbawiyah

HALUAN Lancar Umrah Tarbawiyah

SEPANG, 24 Sept 2019 – Kelainan sentuhan pada sanubari, menghayati detik-detik dakwah dan tarbiah Rasulullah SAW melalui skim Umrah Tarbawiyah bawah HALUAN.

Itulah yang dijanjikan kepada peserta Program Umrah Tarbawiyah HALUAN yang julung-julung kalinya diadakan ini yang telah berlepas dari lapangan terbang KLIA pada 24 September. Rombongan sulung terdiri daripada 22 jemaah ini telah selamat dilancarkan oleh Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman.

Mereka telah berangkat terus ke Mekah untuk menunaikan umrah dan seterusnya akan ke Madinah bermula semalam sehingga 5 Oktober nanti.

Dr. Abdullah Sudin dalam ucapan pelancarannya berkata, “Musafir ini adalah satu didikan tarbiah jika dilaksanakan dengan sepenuh hati. Kita melalui satu proses latihan untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.”

“Diharapkan bukan sahaja baik di tanah haram, tetapi sepatutnya baik di sepanjang kehidupan seterusnya selepas ini. Kita harapkan agar ibadah yang terlaksana di tanah haram akan diteruskan bila balik ke tanah air nanti,” tegas beliau lagi.

Turut bersama dalam program pelancaran ini adalah Setiausaha Agung HALUAN, Sr. Mohd Sabbri Md Yudin; mantan Setiausaha Agung, Encik Mohd Ghani Salleh dan ahli- ahli HALUAN sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Kumpulan umrah pertama ini akan dibimbing oleh Encik Noorazman Shamsuddin seorang aktivis kemanusiaan dalam pembebasan Palestin. Beliau pernah mengetuai relawan Malaysia dalam misi Lifeline For Gaza (LL4G) dan dijadikan tebusan oleh tentera Israel.

Umrah Tarbawiyah HALUAN cukup istimewa dan menarik kerana ia mempunyai modul khusus umrah yang berbentuk tarbawi yang direka khas oleh panel asatizah HALUAN sendiri. Pemahaman dan penghayatan ibadah umrah akan menjadi lebih bermakna bagi setiap peserta. Para jemaah akan menelusuri sirah nabawi dan para sahabat dari satu checkpoint ke checkpoint yang lain. Ibadah ini dibimbing oleh pembimbing HALUAN dan diserikan dengan sesi tazkirah tazkiyatun nafs. Peserta umrah akan lebih menghayati ibrah di tanah suci sebagai contoh ikutan terbaik dalam kehidupan.

Program umrah tarbawiyah ini adalah hasil kerjasama HALUAN dan agensi Baheej Travel & Tours Sdn Bhd.

Panelis ‘Tanyalah Ustazah TV9’ dan juga novelis yang berdakwah melalui penulisan, Ustazah Fatimah Syarha pula akan bersama-sama memberikan pengisian rohani kepada para Jemaah sepanjang perjalanan Umrah anda pada bulan November 2019 (Cuti Sekolah).

Ustaz Salleh Saad, mantan Imam Masjid Putra Putrajaya pula bakal membimbing para jemaah pada Mac 2020. Al-fadhil ustaz sangat berpengalaman luas dalam bidang Umrah & Haji, dan kini giat menjalankan aktiviti sebagai pendakwah.

πŸ“ž Hubungi hotline setiap negeri untuk pendaftaran:-

πŸ“ Perlis : Ghazali Saad – 0125126546
πŸ“ Kedah : Abdul Kader Mahmood – 0134368080
πŸ“ Pulau Pinang : Iznan Hasbullah – 0195426523
πŸ“ Perak : Kamarudin Salim – 0125071774
πŸ“ Putrajaya : Engliman – 0193098902
πŸ“ WPKL : Azhar Idris – 012-6012743
πŸ“ Selangor : Ibrahim Abd Rahman – 0133544375
πŸ“ Johor : Ust Suhail Rabbani – 0195522710
πŸ“ Pahang : Wan Ali Wan Jaafar – 0199867754
πŸ“ Terengganu : Muhammad Rajaie b. Sa’ari – 0139485831
πŸ“ Kelantan : Dr Mohd Arif Abd Rashid – 0139397959
πŸ“ Sabah : Lajulliadi Lajahidi – 0195755065
πŸ“ Sarawak : Zaidi Hipni – 0138024345
πŸ“ Melaka/N9 : Shahkirin Mohd Shah – 0192851396

_

Laporan Muhammad Zakiran Mahmud,
Biro Penerangan HALUAN