fbpx

HALUAN Lancar Kempen H4H Bantu “Healthworkers” Kajang, Putrajaya

HALUAN Lancar Kempen H4H Bantu “Healthworkers” Kajang, Putrajaya

HALUAN Lancar Kempen H4H Bantu “Healthworkers” Kajang, Putrajaya

PUTRAJAYA, 27 Mac 2020 – HALUAN cawangan Putrajaya telah melancarkan kempen kutipan sumbangan dalam bentuk keperluan asas untuk agihan kepada petugas perubatan di hospital dan klinik-klinik kesihatan sekitar Kajang dan Putrajaya sempena serangan wabak COVID-19 yang melanda negara.

Kempen Help for Healthworkers (H4H) yang dilancarkan pada 23 Mac itu merupakan solidariti dan keprihatinan HALUAN dalam usaha membantu meringankan bebanan mereka.

Selepas hari ketiga kempen, sumbangan orang ramai telah mula disampaikan kepada Hospital Kajang, Klinik Kesihatan Presint 9 dan Klinik Kesihatan Kajang. Sumbangan yang disalurkan adalah berdasarkan keperluan yang dinyatakan oleh pihak penerima bantuan.

YDP HALUAN cawangan Putrajaya, Sr Baderol Allam Awang berbesar hati merasmikan penyerahan sumbangan berupa bantuan pek makan pagi kepada “frontliners” Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya.  Bantuan sarapan pagi ini diberi untuk tempoh tiga hari.

Sumbangan kedua berupa portable air-cond, kipas berdiri, peti ais dan hand sanitizer telah diserahkan kepada wakil pentadbiran Hospital Kajang, Puan Zamzarina Mohd Shariff pada 25 Mac. Seterusnya sumbangan makan tengahari diberikan kepada Klinik Kesihatan Kajang untuk tempoh tujuh hari.

HALUAN mengucapkan jazakallahu khairan katheera dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang yang bersama-sama membantu kami menjalankan aktiviti sokongan masyarakat ini khusus untuk petugas perubatan barisan hadapan yang sedang bertungkus-lumus membasmi penularan wabak COVID-19.

Kami merayu orang ramai agar terus memberikan derma kepada kempen ini supaya lebih banyak bantuan keperluan dapat disampaikan kepada mereka.

Silalah derma ke akaun berikut, dan masukkan kod “COVID-19” dalam penyata:

Nama Akaun : Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia

Akaun Bank : Bank Kerjasama Rakyat Berhad

No. Akaun : 1111 5100 2146

Hubungi: https://HelpforHealthworkers.wasap.my


Laporan mediaHALUAN Putrajaya