fbpx

HALUAN Lancar Bantuan Kecemasan Banjir

HALUAN Lancar Bantuan Kecemasan Banjir

HALUAN Lancar Bantuan Kecemasan Banjir

BANDAR BARU BANGI, 3 Jan 2017 – Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN) pada hari ini mengisytiharkan pembukaan Bilik Gerakan Banjir di Pengkalan Chepa, Kelantan berikutan bencana banjir yang melanda negeri tersebut.

Fokus kawasan utama adalah di sekitar daerah Rantau Panjang dengan kerjasama Balai Bomba Rantau Panjang. Bantuan dalam bentuk makanan, barang keperluan dan lain-lain akan disalurkan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir atau terus ke rumah-rumah mangsa banjir yang masih boleh dilalui. Banjir dilaporkan semakin surut dan operasi pasca banjir akan boleh dilaksanakan lebih awal daripada jangkaan.

Ketika berita ini ditulis, lebih 14,000 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan berbanding hampir 20,000 beberapa hari lepas. Mereka terdiri daripada 4,790 buah keluarga. Terdapat 36 pusat yang masih dibuka di enam kawasan ancaman banjir.Di Terengganu, HALUAN juga telah menghantar pasukan pemantau ke Paya Besar, Kuala Berang bagi mengetahui keadaan semasa banjir di sana. Banjir di Paya Besar dilaporkan lebih teruk berbanding tahun-tahun lepas. Sukarelawan HALUAN telah masuk ke kawasan banjir untuk menyerahkan sumbangan kepada mangsa yang tidak berpindah ke pusat pemindahan. HALUAN dijadualkan akan membuat serahan sumbangan berbentuk kewangan, makanan dan alatan pembersihan rumah kepada 60 keluarga mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di sini. Perancangan seterusnya adalah operasi pembersihan yang akan melibatkan ahli-ahli dan relawan HALUAN, termasuk alumni Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja (JDK).

Sehubungan itu, HALUAN menyeru rakyat Malaysia agar bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir tersebut terutamanya di ketika awal musim persekolahan ini. Sumbangan dalam bentuk wang amat diperlukan agar bantuan bahan dan kewangan dapat disampaikan kepada mereka yang terdesak.

Sumbangan ikhlas anda boleh disalurkan melalui akaun berikut:


Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN)
Bank Islam
1402 3010 0257 18

*Sila email/whatsapp/fax slip sumbangan dengan tajuk [Banjir]


Hotline: +6010 300 5141 (Call/SMS/Whatsapp) – 24hours
Tel: +603 8926 8892
Fax: +603 8926 6892
Email: info@haluan.org.my


Laporan Biro Kebajikan HALUAN