fbpx

HALUAN Kelantan Terus Berbakti Sampaikan Sumbangan Masyarakat

HALUAN Kelantan Terus Berbakti Sampaikan Sumbangan Masyarakat

HALUAN Kelantan Terus Berbakti Sampaikan Sumbangan Masyarakat

BACHOK, 17 Apr 2020 – Penduduk kategori B40 di Daerah Bachok telah menerima bantuan pek makanan bertempat di Kem Sri Chap semalam akibat terputus punca rezeki kerana negara dilanda wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan [PKP] dikuatkuasakan.

Program berkenaan bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi melibatkan 50 penerima. Dengan mematuhi semua peraturan keselamatan semasa, seramai tiga orang aktivis daripada Biro Kebajikan HALUAN Kelantan telah tampil memberikan bantuan.

Mereka terdiri daripada Encik Tarmizi Said dan isteri serta Encik Wan Ab. Aziz Wan Ahmad yang telah menyampaikan agihan bantuan makanan dan iftar seperti beras, minyak masak, gula dan tepung.

Selain itu, HALUAN Negeri juga telah menyumbangkan sedikit bantuan wang tunai untuk setiap keluarga terbabit.

Sumbangan dan bantuan ini diharapkan dapat memberi sedikit keringanan kepada 50 keluarga berkenaan. Anda masih belum terlambat. Silalah terus menderma agar kami dapat terus membela nasib golongan B40 ini.

Dana masih diperlukan, anda boleh bersama kami dengan menyumbang melalui pautan berikut:


Laporan Wan Ab Aziz Wan Ahmad, Biro Kebajikan HALUAN Kelantan