fbpx

HALUAN Kelantan Santuni Masyarakat Kampung Pohon Nenasi, Bachok

HALUAN Kelantan Santuni Masyarakat Kampung Pohon Nenasi, Bachok

HALUAN Kelantan Santuni Masyarakat Kampung Pohon Nenasi, Bachok

BACHOK, 15 Ogos 2009 — HALUANITA Kelantan dan Kelab Siswi HALUAN Kelantan (HALUANSiswi) dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) telah berjaya menganjurkan “Program Gotong-Royong dan Ziarah Masyarakat Setempat” di Kampung Pohon Nenasi, Bachok kelmarin.

Seramai 50 peserta yang terdiri dari kalangan mahasiswa dan mahasiswi Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) diiringi oleh ahli-ahli HALUANITA dan HALUAN Kelantan telah menyertai program ini.


Objektif utama program ini adalah untuk membentuk kesedaran dan kefahaman Islam di samping membuka ruang kepada mahasiswa/i dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh peserta program ini termasuklah gotong-royong membersihkan surau dan menziarahi hampir 50 buah rumah sekitar Kampung Pohon Nenasi. Alhamdulillah aktiviti seperti ini telah dapat memberi pengalaman bermakna kepada peserta dalam menyumbang bakti kepada masyarakat. Semoga mereka akan dapat meneruskan usaha mendidik dan berbakti ini supaya masyarakat mendapat manfaat yang lebih menyeluruh lagi.

Ucapan penutup program telah disampaikan oleh wakil HALUANITA Kelantan, Dr. Salwana Binti Mohyiddin.

Laporan disediakan oleh
Ahmad Hafiz Bin Jaafar                                                                       
Pengerusi Kelab Siswa HALUAN Kelantan.