fbpx

HALUAN Kedah Santuni Keluarga Miskin

HALUAN Kedah Santuni Keluarga Miskin

HALUAN Kedah Santuni Keluarga Miskin

BALING, 28 Apr 2020 – HALUAN cawangan Kedah telah melaksanakan sebahagian amanah masyarakat dengan memberi bantuan pek makanan dan pek iftar kepada dua keluarga miskin di Kampung Seberang Pekan di sini. Melihat keadaan dua keluarga yang menyayat hati itu telah memberikan kesedaran betapa masih ramai insan di luar sana yang memerlukan pertolongan.

Ketua keluarga yang hanya bekerja sebagai peniaga kecilan gerai makanan telah terkesan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menyulitkan peniaga-peniaga kecil mencari rezeki. HALUAN Kedah telah diwakili oleh Encik Abdul Kadir Mahamood, Encik Ahmad Sani Sahabudin dan Puan Kamaliah Tahir.

Bantuan sederhana seperti ini diharapkan dapat memberikan sedikit keringanan kepada ketua keluarga dalam menyara keluarga mereka.

“Inilah peranan kita semua sebagai rakyat Malaysia. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Tanpa mengira kaum atau agama, kami di HALUAN mengajak bersama-sama kita membantu mereka yang kurang bernasib baik, yang menahan perut kerana rezeki terputus. HALUAN membuka peluang agar masyarakat yang ingin berkongsi rezeki dapat sama-sama menyumbang menerusi kempen Sejuta Barakah Ramadan #Pek Makanan Negaraku #Pek Iftar Negaraku,” berkata Encik Abdul Kadir.

Sedikit sumbangan anda besar ertinya kepada mereka.

Iftar Negaraku

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

Pek Makanan Negaraku

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.


Tabung Kebajikan Dan Kemanusiaan HALUAN
Maybank Islamic Berhad
562263502611

Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia
Bank Islam Malaysia Berhad
14023010025718

Whatsapp <#KEMPEN> & slip transaksi ke 60103005141 ATAU Email unit.kewangan@haluan.org.my

Yayasan MATRI
Maybank Islamic Berhad
559012000384

Yayasan MATRI
Bank Islam Malaysia Berhad
09010010057045

Whatsapp <#KEMPEN> & slip transaksi ke 601156753492 ATAU Email unit.kewangan@haluan.org.my

Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak henti-henti memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.


Laporan Fatin Athirah Abdul Sani