fbpx

HALUAN Johor Sertai Projek JBAR Dalam Mendidik Masyarakat

HALUAN Johor Sertai Projek JBAR Dalam Mendidik Masyarakat

HALUAN Johor Sertai Projek JBAR Dalam Mendidik Masyarakat

JOHOR BAHRU, 18 Feb – HALUAN Johor bersama beberapa buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain telah menghadiri satu bengkel bina upaya di bawah projek Johor Bebas Asap Rokok (JBAR,) yang merupakan satu inisiatif untuk melindungi majoriti rakyat Johor yang bukan perokok daripada bahaya asap rokok basi.

Dua orang wakil HALUAN Johor telah menyertai bengkel tersebut sebagai pendedahan dalam memenuhi objektif membantu usaha Kerajaan Negeri Johor melaksanakan JBAR.

Principal Investigator International Tobacco Control (ITC,) Profesor Madya Dr. Maizurah Omar dalam ucapan beliau mendedahkan bahawa dianggarkan 10,000 kematian di Malaysia setiap tahun akibat merokok. Oleh itu, kawasan bebas asap rokok perlu diwujudkan sebagai inisiatif menyelamatkan nyawa orang ramai, kerana asap tembakau adalah campuran lebih daripada 4000 bahan kimia dan 69 daripadanya diketahui menyebabkan kanser.

Menurut Profesor Madya Dr. Maizurah Omar lagi, selain negeri Melaka dan Pulau Pinang, negeri Johor juga berpotensi menjayakan JBAR kerana peratus perokok berkurang sejak pelancarannya tiga tahun kebelakangan ini, di samping mendapat sokongan serta penglibatan daripada badan-badan kerajaan dan NGO seperti HALUAN.

Kerajaan Negeri Johor melaksanakan JBAR bagi melindungi kesihatan rakyat sejagat menjelang 2015, selain memenuhi kehendak perjanjian antarabangsa Framework Convention on Tobacco Control (FTCT) dalam melindungi orang ramai daripada bahaya asap rokok.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang bengkel tersebut, termasuklah sesi cetusan idea dan perbincangan dan analisis SWOT dalam memberi pendedahan dan kefahaman tentang JBAR kepada para peserta.