fbpx

HALUAN Johor dan YADIM Bekerjasama Santuni Saudara Baru dan Fakir Miskin

HALUAN Johor dan YADIM Bekerjasama Santuni Saudara Baru dan Fakir Miskin

HALUAN Johor dan YADIM Bekerjasama Santuni Saudara Baru dan Fakir Miskin

ULU TIRAM, 4 0gos 2013 — HALUAN Cawangan Johor melalui Kelab HALUAN Fitrah Johor telah menjalin kerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiyah (YADIM) Zon Selatan buat tahun kedua berturut-turut dalam Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri 1434H di Perkampungan Sungai Tiram di sini.

Majlis tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan HALUAN dalam meraikan dan menyantuni golongan asnaf zakat yang terdiri daripada fakir miskin dan saudara baru daripada kalangan kaum India, Cina dan masyarakat orang asli sempena bulan Ramadan.

Majlis untuk meraikan 13 buah keluarga saudara baru dan 15 keluarga fakir miskin itu diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua HALUAN Johor, Prof Dr Sr Abd Hakim Mohammad dan Pengarah YADIM Zon Selatan, En Ashari Tibek.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Kelab HALUAN Fitrah Johor, En. Mahmad Kardi dan disusuli ucapan Prof Dr Sr Abdul Hakim. En. Ashari, dalam ucapan beliau, mengingatkan para hadirin khususnya kepada saudara baru dan fakir miskin agar sentiasa menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai rujukan utama kehidupan mereka.

Salah seorang saudara baru berketurunan India, En. Mohammad Ariffin Abdullah ketika ditemui menyatakan perasaan gembira beliau dan berterima kasih kepada pihak HALUAN dan YADIM atas bantuan dan keperihatinan terhadap nasib beliau dan ahli keluarga beliau..

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan hari raya berbentuk duit raya, cenderahati dan beras yang telah disempurnakan oleh En. Ashari. Beliau juga turut bermurah hati menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada para asnaf. Majlis berakhir dengan acara berbuka puasa dan solat tarawikh berjemaah.


Muhammad Muzakkir b Che Ani, AJK Kelab HALUAN Fitrah Johor