fbpx

HALUAN FITRAH Kelantan Sumbang Keperluan Dapur Kepada Asnaf dan Mualaf B40

HALUAN FITRAH Kelantan Sumbang Keperluan Dapur Kepada Asnaf dan Mualaf B40

HALUAN FITRAH Kelantan Sumbang Keperluan Dapur Kepada Asnaf dan Mualaf B40

KOTA BHARU, 11 Dis 2020 – Biro HALUAN Fitrah (BHF) Kelantan meneruskan baktinya dengan menyampaikan barang keperluan dapur kepada lebih 30 keluarga dalam kalangan B40. Ini merupakan lanjutan daripada projek ‘Santun B40’ yang telah dilaksanakan pada 31 Oktober lalu yang melibatkan sejumlah 23 keluarga B40.

Pada kali ini, sumbangan dihantar terus ke rumah-rumah penerima yang terletak di daerah Kota Bharu, Kubang Kerian, Bachok, Tumpat, Pasir Mas dan Rantau Panjang. Sumbangan barang keperluan dapur terdiri daripada makanan asas seperti beras kampit (9kg), minyak masak botol (2kg), garam, gula, tepung, bihun dan lain-lain.

Projek ini mendapat sokongan daripada Kolej Teknologi Darulnaim (KTD), IIDAC, MACMA dan Sahabat Fitrah. Sumbangan diterima daripada kenalan dan keluarga staf KTD, serta anggota BHF. Selain itu, BHF turut dibantu oleh 20 sukarelawan Sahabat Fitrah yang terdiri daripada staf, pelajar dan alumni KTD, serta guru Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Hilal dan lepasan iJDK 2019.

BHF Kelantan menyasarkan untuk menyampaikan sumbangan kepada sejumlah 50 keluarga lagi sebelum akhir tahun 2020. Projek ‘Santun B40’ ini juga dijangka akan diteruskan pada tahun-tahun hadapan dengan melibatkan lebih banyak pihak sebagai penyumbang dan penerima sumbangan. Keterlibatan sukarelawan dan penyumbang dalam projek seperti ini cukup membantu golongan B40, terutama dalam meringankan beban kehidupan yang semakin menghimpit akibatpandemik COVID-19.


Laporan Manzur El Hassan Abdul Aziz, Ketua BHF Kelantan / Penasihat Sahabat Fitrah