fbpx

HALUAN Fitrah dedahkan pelajar Sekolah Ibn Khaldun dengan ilmu perbandingan agama

HALUAN Fitrah dedahkan pelajar Sekolah Ibn Khaldun dengan ilmu perbandingan agama

HALUAN Fitrah dedahkan pelajar Sekolah Ibn Khaldun dengan ilmu perbandingan agama

Buat pertama kalinya, pelajar-pelajar Putera dan Puteri di Sekolah Menengah Ibn Khaldun, Shah Alam telah didedahkan kepada ilmu muqaranatul adyan (perbandingan agama) pada 16 November lepas.


Selama hampir empat jam, seramai 200 orang pelajar daripada tingkatan 1 hingga 3 itu diajarkan mengenai aspek kewajipan berdakwah kepada rakan dan jiran belum-Islam sebagai langkah awal untuk berani menceritakan Islam kepada orang lain.

Pada sessi pertama, mereka diajak supaya membuka minda masing-masing untuk berani mengorak langkah merasai betapa dakwah Islamiah itu merupakan tanggungjawab semulajadi setiap Muslimin dan Muslimat yang tidak dapat tidak kena mereka memperkembangkannya kepada rakan dan taulan yang belum Islam. Melalui tajuk pertama, iaitu Jom Berdakwah Kepada Non-Muslim, pelajar didedahkan kepada teknik dakwah RasuluLlah SAW yang mengutamakan hikmah, santunan yang tinggi terhadap sasaran dakwah serta tahap kesabaran yang luarbiasa dalam berdakwah. Persiapan ini perlu agar mereka bersedia memainkan peranan bilamana mula menjejak kaki ke menara gading tidak lama lagi.

Selepas rehat, pelajar didedahkan pula kepada tajuk Mengenali Asas-asas Kristianiti agar mana mereka memahami sendi-sendi asas agama itu agar tidak terkeliru dengan pelbagai dakyah yang sering timbul dalam masyarakat akibat kurangnya pengetahuan umat Islam  mengenai agama itu hingga tidak tahu bagaimana hendak menangkisnya.

Secara asasnya, pelajar akhirnya dapat membezakan di antara ketinggian nuzulnya Al-Quran berbanding Kitab Bible yang ditulis oleh tangan-tangan manusia sendiri. Pelajar juga berkesempatan memegang dan melihat isi kandungan Kitab Bible buat kali pertama tanpa prejudis ataupun merasa takut yang tidak berasas. Yang paling penting, mereka kini memahami bahawa Bible itu bukanlah Kitab Injil yang Allah SWT turunkan kepada Nabi Isa a.s.

Ceramah telah disampaikan oleh pakcik Yusman Nawazir, Pengerusi Kelab HALUAN Fitrah yang baru dibentuk penghujung tahun 2008. Beliau mendapat asuhan daripada Ustaz Amin Yaacob (seorang akauntan-pendakwah, penceramah, pendialog dengan gereja, dan pakar dalam bidang Islam-Kristianiti yang juga mengarang beberapa buah buku dalam bidang perbandingan agama), dan juga berguru dengan Encik Shahkirit Kokulal Govindji, pengasas bersama Islam Information and Services (IIS), sebuah NGO Islam yang aktif melatih golongan muda untuk berani berdakwah, beribupejabat di Setiawangsa, Kuala Lumpur.