fbpx

HALUAN dan TM ROVers Bergandingan Bantu Mangsa Bencana Air Pasang Besar

HALUAN dan TM ROVers Bergandingan Bantu Mangsa Bencana Air Pasang Besar

HALUAN dan TM ROVers Bergandingan Bantu Mangsa Bencana Air Pasang Besar

SANDAKAN, 15 Januari 2023 – Pasukan sukarelawan HALUAN dan TM Reaching Out Volunteers (TM ROVers) dengan kerjasama Yayasan TM, yang mewakili GLC/GLiC Demi Rakyat dan Negara (GDRN), telah mengagihkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana air pasang besar di Kg. Forest di sini, hari ini.

Dalam satu majlis sederhana di Dewan PPR Batu Putih, Sandakan, sebanyak 55 buah keluarga telah menerima bantuan berbentuk wang tunai, toto dan selimut. Manakala seramai 100 orang pelajar menerima beg, buku dan alatan sekolah.

Majlis telah dirasmikan oleh Penolong Pengurus Besar Kawal Selia dan Perhubungan TM Sabah, En. Jamil Jamal. Beliau mewakili Pengurus Besar Kawal Selia & Perhubungan TM Sabah, Dato’ Mohd Sainal Mohd Amin. Turut hadir adalah Ketua Pembangunan dan Komuniti Yayasan TM, Puan Noorul Syifa Mohd Isa, dan Naib Presiden bagi Kluster Kebajikan dan Kemanusiaan HALUAN, Dr. Baharuddin Suri.

Di majlis tersebut, seramai 40 orang sukarelawan HALUAN dan TM ROVers telah bergandingan menyantuni anak-anak mangsa bencana melalui aktiviti melukis dan mewarna dengan bertemakan “Pengalaman Malam Bencana.” Program ini telah dapat menyuntik kegembiraan kepada anak-anak, di samping memberi pendidikan kepada mereka agar sentiasa bersyukur walaupun terpaksa melalui pelbagai ujian serta kepayahan.

HALUAN merakamkan jutaan terima kasih kepada masyarakat awam serta semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan, terutamanya Yayasan TM yang telah menyalurkan bantuan bernilai hampir RM50,000.

Semoga rakyat Malaysia yang prihatin dapat terus menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana ini dengan apa jua bentuk sumbangan dan kepakaran.


Laporan MediaHALUAN