fbpx

HALUAN Buka Pusat Didik Rohingya di Alor Setar

HALUAN Buka Pusat Didik Rohingya di Alor Setar

HALUAN Buka Pusat Didik Rohingya di Alor Setar

ALOR SETAR, 3 Nov 2019 – HALUAN memperluaskan bantuan pendidikan kepada pelarian dalam negara dengan membuka cawangan pusat pendidikan Rohingya Community Educare Center (RCEC) di Lorong Tiong, Jalan Teluk Wanjah di sini.

Hari ini merupakan hari pertama persekolahan RCEC Alor Setar dengan pendaftaran 22 orang pelajar. RCEC Alor Setar menyediakan sebuah pusat pembelajaran yang mampu menampung seramai 60 orang pelajar. Pihak RCEC menjangkakan akan menerima pendaftaran melebihi dari 60 orang pelajar menjelang tahun 2020, berkata Pengurus RCEC, Encik Mohd Jamil Muda.

RCEC Alor Setar merupakan cawangan kedua selepas RCEC Seri Kembangan di Selangor yang sudah beroperasi sejak dua tahun lepas.

“RCEC Alor Setar ini dibuka berdasarkan penilaian ke atas data pelarian Rohingya yang begitu ramai tinggal di sekitar bandar Alor Setar. Terdapat lebih lima pusat pendidikan untuk pelarian Rohingya di sekitar sini yang dijalankan oleh pihak NGO,” kata Encik Mohd Jamil lagi.

Berdasarkan metodologi yang sama seperti RCEC Seri Kembangan yang mempunyai tujuh modul, modul pertama “Smartkids Program”mula dijalankan terlebih dahulu di cawangan Alor Setar. Modul ini akan dijalankan sehingga pelajar mantap sebelum dijalankan modul-modul lain.

Ahli-ahli HALUAN cawangan Kedah merupakan penggerak utama RCEC Alor Setar. Adalah diharapkan dengan sokongan mereka ini, modul-modul lain terutama yang melibatkan golongan belia Rohingya akan dapat dijalankan.

Dalam melaksanakan usaha murni ini, HALUAN membuka peluang kepada orang ramai untuk sama-sama menyumbang dalam usaha membantu pelarian di dalam dan luar negara .Walau bagaimana pun bantuan pendidikan untuk warganegara tetap menjadi tumpuan utama HALUAN melalui sistem pendidikan integrasi yang selaras dan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Terus hulurkan sumbangan ikhlas anda ke:

Projek Pusat Pendidikan Komuniti Rohingya (RCEC)

Thank you to all our donors, we have met our fundraising goal.

_
Laporan oleh Encik Mohd Jamil lagi