fbpx

HALUAN Berduka – TIGA Aktivis Terlibat Kemalangan Maut

HALUAN Berduka – TIGA Aktivis Terlibat Kemalangan Maut

HALUAN Berduka – TIGA Aktivis Terlibat Kemalangan Maut

JOHOR, 29 Sept 2019 – Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Tidak sampai seminggu, warga HALUAN berduka lagi atas pemergian tiga aktivis serta sukarelawan dari selatan tanahair.

Ketiga-tiga mangsa maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 23, Jalan Nitar-Mersing, Simpang Renggam, petang tadi.

Dua daripada mereka meninggal di tempat kejadian iaitu En. Shamjuddin Romani, 59 dan En. Sodiq Abu Bakar, 40.

Manakala, En. Mohd Khairy Abd Jaafar, 37 menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan menuju ke hospital.

Ketiga-tiga mereka adalah aktivis HALUAN yang banyak terlibat dalam misi-misi kemanusiaan, aktiviti kebajikan masyarakat setempat dan memperjuangkan pendidikan Islam kepada anak-anak serta remaja di Johor khususnya dan Malaysia amnya.

Mereka baru sahaja selesai mengikuti Perkhemahan Kepimpinan HALUAN Negeri Johor, sebuah aktiviti tahunan HALUAN Johor.

Warga kerja HALUAN merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga, sanak saudara dan sahabat handai Almarhum.

//Dr Abdullah Sudin Ab Rahman, Presiden HALUAN