fbpx

HALUAN Agih Keperluan Sekolah Kepada Pelajar Bosnia

HALUAN Agih Keperluan Sekolah Kepada Pelajar Bosnia

HALUAN Agih Keperluan Sekolah Kepada Pelajar Bosnia

SREBENICA, BOSNIA-HERZEGOVINA 7 Sept 2019 — Seramai 85 pelajar di sebuah asrama di Srebenica menerima sumbangan beg sekolah serta buku dan alatan tulis daripada HALUAN dan Kolej Perindu UiTM pagi ini. Mereka terdiri daripada 60 pelajar sekolah menengah dan 25 sekolah rendah yang tinggal di asrama kendalian NGO IFS-EMMAUS.

Mereka adalah sebahagian besarnya anak-anak daripada keluarga mangsa perang saudara Bosnia 1992-1995 dan tinggal jauh di pedalaman Srebenica. Usaha murni NGO IFS-EMMAUS sejak 14 tahun lalu telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar meneruskan pembelajaran mereka hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Adalah diharapkan bantuan dalam bidang pendidikan oleh HALUAN dan Kolej Perindu UiTM ini dapat meringankan keluarga terbabit untuk pembelajaran anak-anak mereka hingga boleh membangunkan semula Bosnia.

__
Laporan Dr. Baharudin Suri, Ketua Biro Misi Kemanusiaan