fbpx

HALUAN Agih Daging Korban Kepada 780 Keluarga di Gaza & Syria

HALUAN Agih Daging Korban Kepada 780 Keluarga di Gaza & Syria

HALUAN Agih Daging Korban Kepada 780 Keluarga di Gaza & Syria

BANDAR BARU BANGI, 5 Sep 2017 – HALUAN sekali lagi bekerjasama dengan Yayasan Kemanusiaan Al-Sarraa (Al-Sarraa) untuk menunai amanah rakyat Malaysia bagi melaksanakan ibadah korban di Palestin dan Syria buat tahun ketujuh berturut-turut.

Penduduk Gaza menyambut Hari Raya Aidiladha dalam penuh keperitan akibat sekatan rejim Zionis sejak 11 tahun lalu.

Alhamdulillah, dengan sumbangan rakyat Malaysia melalui Program Ibadah Korban HALUAN tahun ini, sebanyak 50 ekor kambing telah dikorbankan di sekitar Kota Gaza, Jabaliya, Beit Hanoun, Deir Al Balah, Rafah dan Khan Younis. Daging-daging korban telah diagihkan kepada 500 keluarga.

Selain sumbangan rakyat Malaysia, Al-Sarraa turut mengagihkan daging korban dari penyertaan rakyat Indonesia, Qatar, Bahrain, Arab Saudi dan Maghribi. Manakala di Syria, sebanyak 13 ekor kambing telah dikorbankan di wilayah Daraa, di mana daging telah diagihkan kepada 130 keluarga. Di sekitar Damaskus Selatan pula, 15 ekor kambing dikorbankan untuk diagih kepada 160 keluarga.

HALUAN dan Al-Sarraa mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah menyertai program ini. Semoga Allah memberkati mereka dengan ganjaran yang terbaik.

Pengarah Program Ibadah Korban HALUAN, En. Mohd Azhar Md Idris, berharap rakyat Malaysia terus membantu saudara mereka di Palestin dan Syria, terutama dalam keadaan mereka semakin dicengkam dengan sekatan zalim serta peperangan. “Kita sedia maklum tentang kesengsaraan mereka di Palestin dan Syria. Menjadi kewajipan kita bersama untuk terus membantu tanpa menunggu musim tertentu,” kata beliau.


Disediakan oleh Muhammad Mus’ab Sa’ari
Setiausaha Kerja, Biro HALUAN Palestin