fbpx

#H1KERS Tawan Gunung Datuk

#H1KERS Tawan Gunung Datuk

#H1KERS Tawan Gunung Datuk

REMBAU, 13 Jan 2020 – Kelab Rekreasi, Ekspedisi & Sukan HALUAN (H1KERS) memulakan acara tahun baru 2020 mereka dengan Cabaran #H1KERS @ Gunung Datuk, Negeri Sembilan.

Seramai 31 pendaki terdiri daripada penggiat aktif H1KERS, siswa-siswi KUIS & UPM, serta pemuda-pemudi sekitar Lembah Klang berjaya menawan puncak Gunung Datuk pada ketinggian 884 meter pada 11 Januari lalu.

Aktiviti bermula pada jam 8.30 pagi di kaki Gunung Datuk. Para peserta diberi taklimat oleh Pengarah Program, Encik Azhar Ahmad diikuti dengan sesi regangan sebelum memulakan aktiviti pendakian.

Peserta dari KUIS, Encik Anas Hilmi, memimpin bacaan doa memohon semoga Allah permudahkan aktiviti pendakian dan dijauhi daripada sebarang kesulitan.

Peserta pertama yang sampai ke puncak pada jam 10.30 pagi, Encik Abdul Rahman Maskore dan Abbas Hafizuddeen Md Yamin sangat teruja kerana dapat menawan puncak Gunung Datuk tepat pada waktu seperti yang ditetapkan pada jadual pendakian. Manakala peserta terakhir yang sampai ke puncak adalah pada jam 12.15 tengahari.

Para peserta mengambil peluang bergambar di puncak Gunung Datuk sambil memegang sepanduk HALUAN sebagai simbolik “#H1KERS TAWAN GUNUNG DATUK”.

Sebelum turun semula ke kaki gunung, para peserta telah duduk berkumpul dan mendengar sedikit kalimah akhirah daripada Timbalan Ketua Biro Sukan HALUAN, Encik Hamdan Salleh.


Laporan Muhammad Hasan Ahmad Bahari