fbpx

Giliran Para Akademik Boikot Zionis Israel

Giliran Para Akademik Boikot Zionis Israel

Giliran Para Akademik Boikot Zionis Israel

KUALA LUMPUR, 25 Jan 2014 – Rejim ganas zionis Israel sekali lagi menerima tamparan terhebat baru-baru ini bila pertubuhan berpengaruh bidang akademik terbesar Amerika mengikuti jejak langkah Majlis Gereja Sedunia yang pada tahun 2010 mengeluarkan arahan memboikot semua pengeluaran orang Yahudi yang dihasilkan di kawasan penempatan haram rejim itu yang telah dirampas daripada penduduk pribuminya, orang-orang Islam Palestin.

Rejim itu menjadi gempar serta gundah berpeluh apabila pada Disember lepas American Studies Association (ASA), sebuah pertubuhan ilmuan dengan 5,000 ahli yang khusus mengkaji kepelbagaian kebudayaan dan sejarah Amerika, mensasarkan boikotnya yang pertama terhadap negara haram itu.

Secara khususnya, pertubuhan tersebut mensasarkan universiti-universiti serta institusi akademik Israel, dengan tuduhan bahawa Israel menafikan hak pembelajaran dan pendidikan kepada rakyat Palestin. Fakta ini diperkukuhkan oleh Molly Corbett Broad, Presiden Majlis Pendidikan Amerika yang menyifatkan tindakan Israel itu sebagai “tersasar dan mengharukan kerana ia menafikan kebebasan akademik di mana setiap insan mesti mendapat peluang samarata tanpa sekatan”.

Pihak Israel segera membidas keputusan majlis itu dengan menggunakan lobi media mereka di Amerika yang dipunyai oleh pelabur-pelabur berbangsa Yahudi.

Salah sebuah akhbar yang melenting keras adalah Chicago Sun-Times yang menyifatkan tindakan Majlis Pendidikan Amerika itu suatu yang bodoh kerana “Israel walaupun memiliki berbagai kecacatan adalah salah sebuah masyarakat intelektual terunggul di dunia di mana perbincangan awam terutama berkenaan kepayahan keujudannya amat terbuka dan amat mapan”, kata lidah pengarang akhbar berkenaan.

Hampir kesemua media cetak dan televisyen satelit di Amerika dikuasai oleh orang Yahudi yang merupakan penduduk minoriti di negara itu sekitar lima hingga lapan juta orang.

Keberanian Majlis Pendidikan Amerika itu juga ditentang dalam Israel sendiri bilamana 134 ahli parlimennya mengutuk tindakan majlis berkenaan sebagai “berat sebelah dan jelas menentang negara Israel” serta “tidak bermoral”. Penglibatan Knesset di dalam isu tersebut menandakan bahawa Israel tidak dapat hidup senang dengan keganasan dan penindasannya yang berterusan terhadap penduduk pribumi Palestin. Jelas dasar apartheid negara haram tersebut semakin menyerlah di mata dunia selepas kematian Nelson Mandela yang sama-sama menyanggah sikap angkuh Israel selama ini.

Pihak Yahudi itu mempertahankan polisi apartheidnya dengan berkata bahawa universiti-universiti Israel mengambil pelajar dan tenaga pengajar yang terdiri daripada bangsa Yahudi dan Arab. Knesset menghantar surat bantahan terhadap majlis itu Jumaat lepas dengan mengkritiknya kerana merendah-rendahkan kebebasan pendidikan negara tidak bermaruah mereka.

Katanya, universiti adalah sebuah institusi bertujuan mengukuhkan, menggalak dan menginspirasi dialog yang membina serta pemikiran yang tulen. “Namun pemboikotan ini dengan sendirinya memperlekehkan kebebesan pendidikan dengan menyukarkan penukaran cendekiawan ilmuan dan kebudayaan dengan universiti dan institusi akademik Israel. Apa yang lebih menjadi tanda soal ialah sikap mereka menyalahkan hanya Israel dalam soal ini”. Kenyataan Knesset itu membayangkan seolah-olah pihak akademia Amerika harus menyesali tindakan dan keputusan yang mereka telah buat kerana Israel mampu bertindak balas. Knesset menyifatkannya sebagai perbuatan taasub menentang Israel.

Media Israel segera melaksanakan “spin” mereka dengan memainkan gambar dan video mahabah di antara pelajar Yahudi dan Arab di institusi-institusi mereka. Kerisauan sah terbayang di dalam pemikiran kepimpinan Israel kerana rata-rata sentimen anti Israel semakin membuak di kampus-kampus seluruh dunia terutama di kalangan ahli akademik. Bangkai gajah tidak lagi dapat ditutupi dengan nyiru. Penindasan dan pembunuh serta perampasan tanah milik orang Islam Palestin semakin terserlah dan pemboikotan oleh golongan akademik sedunia apatah lagi datangnya dari sekutu kuatnya Amerika Syarikat memang menjadi mimpi ngeri buat yahudi seluruh dunia.

Penerbitan internet rejim itu mengatakan bahawa sementara para ahli akademik sepatutnya menjadi peneraju keilmuan tanpa memihak dengan mengambil pendirian berdasarkan politik, peningkatan penentangan “anti-semitism” (agama samawi) dalam 20 tahun yang lepas telah semakin memberanikan para akademik untuk memburukkan Israel secara terbuka.

Lebih parah lagi sejurus selepas pengumuman majlis itu, sebuah lagi pertubuhan akademik di Amerika iaitu Persatuan Pengkajian Pribumi dan Orang Asal Amerika (Native American and Indigenous Studies Association; NA ISA) turut menyertai boikot yang telah diterajui Majlis Pendidikan Amerika tersebut.

Inilah yang merisaukan pihak rejim Israel. Cendekiawan Amerika sendiri sudah berani lantang menentang rejim itu kerana sebab-sebab tertentu. Musim luruh yang lepas, Persatuan Pengkajian Asia Amerika yang lebih kecil juga telah mengundi untuk boikot yang sama. Bulan Januari ini, Persatuan Bahasa Moden (Modern Language Association America; MLA) telah membincangkan tajuk “Boikot Akademik: Suatu Wacana berkenaan Israel dan Palestin”. Minat yang meningkat kalangan para akademik dalam membincangkan polisi apartheid dan keganasan Israel terhadap Palestin ini menggusarkan rejim tersebut yang sudah sekian lama mendapat suaka dan pembelaan wajar daripada cendekiawan ilmu. Semua ini bakal berubah mulai tahun 2014.

Pihak Yahudi dengan agresif cuba untuk melawan balik dengan menggunakan kekuasaan mereka ke atas, selain media gergasi, banyak universiti di Amerika yang diterajui oleh cendekiawan akademik dan lobi dermawan Yahudi. Ini termasuk Harvard, Yale, Princeton, Brown, Cornell, the University of Chicago, Northwestern University, dan New York University yang turut mencela ASA di atas undiannya itu. Ia menuduh bahawa usaha pemboikotan oleh ASA dan MLA adalah hasil suatu usaha sedunia yang jauh lebih besar berasal daripada kempen Boikot, Tarik-Pelaburan dan Sekatan (Boycott, Divestment and Sanctions; BDS movement), yang semakin popular sejak sedekad yang lepas.

Pertubuhan BDS ini yang diasaskan oleh warga Palestin pada 2005 dituduh tidak adil dengan menuding bahawa Israel mengamalkan dasar apartheid. Lobi Israel menganggap bahawa golongan akademik kini telah terpengaruh dengan “kempen palsu” peringkat antarabangsa oleh golongan tertindas Palestin itu. Tetapi pada hakikatnya, Israel semakin hilang pengaruhnya, dan penghakisan pengaruh di kalangan para cendekiawan dan ilmuan universiti inilah yang paling digeruni mereka.

Ini kerana universiti sedunia adalah tempat pencorakan ilmu melalui graduan-graduannya yang mungkin dilatih membenci zionis sejak dari kampus lagi. Tambahan pula, kebangkitan ekonomi dan keilmuan Israel sudah sekian lama diterajui oleh penciptaan dan inovasi kerjasama antara universiti dan cerdik-pandai. Dengan pencapaian teknologi melalui akademia itulah pelbagai bom, pesawat tanpa juruterbang serta berbagai alatan perang elektronik canggih dicipta untuk menyerang bumi Palestin berdekad lamanya. Maka pemboikotan tersebut adalah tamparan yang amat sangat menakutkan kepada Israel.
Rejim Israel memulakan serangan balasnya dengan percubaan menyamakan tindakan ahli akademik Amerika tersebut ibarat langkah Nazi yang memulakan kempen anti-yahudinya dengan memboikot ekonomi Yahudi Eropah di zaman lampau. Di dunia sekarang, terdapat 0.02% orang berbangsa Yahudi.

Majlis Kebangsaan ASA pada 4 Disember lepas mengumumkan bahawa mereka menyokong pemboikotan institusi akademik Israel. Semasa undian 15 hari mereka, ahli-ahli ASA turut menyokong usul tersebut. Israel kini kebingungan, mengapa ini boleh dibiarkan terjadi sebagai hadiah sambutan tahun baru untuk mereka.

Profesor kajian sosial dan kebudayaan New York University dan bakal presiden ASA, Lisaa Duggan berkata pemboikotan ASA itu tidak menceroboh kebebasan akademik sesiapa pun tetapi ia adalah pembantahan terhadap sekatan Israel ke atas professor dan pelajar berbangsa Palestin. Yang jelas, isu ini tidak akan mati begitu sahaja kerana jika kita memahami Yahudi, muslihat dan dakyah mereka terlalulah banyak sepanjang sejarah.


Laporan Bro.Y dari mediaHALUAN.