fbpx

Gilap Komunikasi Dengan ‘Town Trekking’

Gilap Komunikasi Dengan ‘Town Trekking’

Gilap Komunikasi Dengan ‘Town Trekking’

BANDAR BARU BANGI, 17 Dis 2018 – Antara aktiviti yang dijalankan di dalam Kursus Jati Diri & Kesukarelawanan Remaja (iJDK) 2018 adalah Jelajah Bandar atau ‘Town Trekking’. Peserta disusun untuk bertemu dengan ahli masyarakat, serta pemimpin institusi masyarakat seperti masjid, balai polis dan lain-lain dengan tugasan-tugasan yang memerlukan mereka bertanya beberapa perkara tentang fungsi dan peranan institusi tersebut.

Pendekatan ini sangat baik dan mengasah bakat serta kebolehan mereka berinteraksi dengan masyarakat. Kemahiran berkomunikasi adalah penting dalam urusan seharian sama ada rasmi atau tidak rasmi. Setiap ketika ada saja seni komunikasi yang berbeza. Ini perlu kepada pendedahan dan latihan yang baik.

Sebagai remaja dan lepasan iJDK, kemahiran ini perlu terus digilap. Sesuai dengan tugas hakiki iaitu sebagai orang yang menyeru kepada kebaikan dan benci kepada resam dan tabiat kejahatan, lepasan iJDK perlu mampu berkomunikasi dengan baik dengan semua pihak. Berdakwah dalam istilah dan tindakannya juga terkandung kemahiran komunikasi yang perlu dipupuk setiap masa melalui latihan dan tarbiah yang berterusan.

Pengalaman berinteraksi dengan sesiapa sahaja yang tidak dikenali di dalam aktiviti Jelajah Bandar ini tentu sekali memberi impak yang pelbagai kepada para peserta iJDK 2018.

Kursus iJDK 2018 kali ke-8 ini berjalan serentak di enam buah zon seluruh tanahair. Lebih 400 lepasan SPM tahun 2018 sedang menjalani kursus ini bermula daripada 15 hingga 23 Disember nanti.

_
Laporan Urusetia iJDK 2018