fbpx

Gen-Q “Ramadan Madrasah Cakna Ummah”

Gen-Q “Ramadan Madrasah Cakna Ummah”

Gen-Q “Ramadan Madrasah Cakna Ummah”

KELANG, 1 Mei 2020 – Ramai tidak sedar bahawa hikmah pensyariatan puasa Ramadan ini adalah cara Allah SWT untuk pamerkan rasa caknaNya terhadap kita semua.

Ada yang merasakan puasa itu bebanan tahunan yang berkunjung saban tahun. Tidak sabar menanti Syawal. Namun ulamak pula mengungkapkan bahawa puasa itu suatu rahmat istimewa yang didatangkan khas, pelengkap untuk umat Muhammad SAW. Ia adalah madrasah ataupun institusi yang disediakan sebagai pelengkap kehidupan yang Allah akan redai, berkata felo pendidik di Akademi Tarbawi Ustaz Adni Abdul Razak di TV HALUAN Live semalam.

Diari Ramadan Gen-Q “Ramadan Madrasah Cakna Ummah” menyaksikan beliau mengupas bagaimana Ramadan itu menjadi sebuah madrasah cakna umah, hanya kerana Allah sayang kita. Dari puasa itu, Allah akan memerhati dan menakarkan sendiri berapakah darjah takwa kita dan Dia yang berikan ganjaran kepada kita di mahsyar nanti berdasarkan sejauh mana puasa kita berjaya mentransformasikan kita menjadi manusia yang lebih baik semasa hidup di dunia.

“Ramadan ini tinggal beberapa hari sahaja lagi. Dia tak lama bersama kita. Sedar-sedar kita sudah berada di penghujung, begitu pantas. Dan kita kerugian kerana kita tidak ambil peluang kumpul pahala sebanyak mungkin dalam slot 29 atau 30 hari ini. Allah panggil kita orang yang beriman untuk jinakkan hati kita berpuasa, agar kita dapat sahut seruan daripadaNya. Dan di hujungnya nanti, Dia nak kategorikan takwa kita daripada kualiti puasa yang berjaya kita raih.”

“Kita kurang sedar tentang hakikat slot istimewa Ramadan ini, bahawa puasa yang hakiki adalah yang akan dapat mentarbiah dan mendidik kita ke arah menjadi manusia yang memiliki jiwa masyarakat, saling bersaudara sesama Islam, menjaga harmoni sesama manusia, saling berukhwah, ingin bersatu sesama umat, dan memusatkan kesemua aktiviti kehidupan kita ini semata-mata kerana nak gembirakan Allah SWT,” tegas beliau.

Katanya lagi, jika dikaji, kondisi Ramadan adalah period yang Allah ujudkan khas kerana Dia sangat mengambil berat tentang umat ini, cakna agar manusia ingin berubah ke arah kebaikan dan meninggalkan kejelekan.

Antara hikmah sebulan latihan intensif ini adalah untuk mengukuhkan jalur komunikasi hubungan vertical hamba kepada Penciptanya. Dengan Allah sentiasa hadir dalam kehidupan kita, kita diminta insaf daripada membuat kesalahan. Puasa itu mendidik kita agar cinta sesama manusia lain yang berpuasa. Prihatin dengan mereka yg dikurung, disiksa, dilanda peperangan, dijajah, lapar dan sebagainya.

“As-sa’imun adalah gelaran bagi orang yang berjaya mengejar darjat takwa yang kita semua idamkan. Kita nak Allah panggil kita sebagai ‘orang yang bertakwa’; yang takut dan patuh kepadaNya sahaja. Mereka ini akan beroleh takwa, dan mereka akan sanggup bantu orang lain dengan harta dan tenaga baik dalam senang atau susah,” tegas Ustaz Adni.

Seterusnya beliau sambung mengupas empat lagi hikmah sebenar puasa yang ramai daripada kita tidak sedari.

Apakah ia? Jom tonton bersama rakaman Live beliau di TV HALUAN. Tidak rugi ilmu kebaikan dicari melainkan ia akan memanfaatkan diri dan keluarga tercinta.

Klik pada pautan ini untuk tonton baki segmen berkenaan:

Kempen Sejuta Barakah Ramadan berbaki hanya beberapa hari sahaja lagi. Dana yang kami kumpul sentiasa dimanfaatkan untuk berkasih sayang sesama manusia terutama mereka yang susah kehidupan, frontliners menangani pandemik COVID-19, mangsa perang dan kebuluran di berbagai negara, orang asli di Malaysia dan sebagainya.


Laporan unit mediaHALUAN