fbpx

Gabungan NGO Kemanusiaan Kecam Serangan Kimia di Syria

Gabungan NGO Kemanusiaan Kecam Serangan Kimia di Syria

Gabungan NGO Kemanusiaan Kecam Serangan Kimia di Syria

KUALA LUMPUR, 6 Apr 2017 — HALUAN bersama Gabungan NGO Kemanusiaan Syria telah menyerahkan memorandum bantahan terhadap keganasan serangan gas sarin ke atas Khan Sheikhoun, Idlib, Syria pada 4 April lepas.

Memo bantahan berkenaan diserahkan kepada pihak Kedutaan Syria yang terletak di Jalan U-Thant dengan himpunan sekitar 50 orang aktivis anti-keganasan bersama rakan-rakan media.

Sebelum itu pihak Gabungan NGO Kemanusiaan Syria telah mengadakan sidang media dan menyatakan tuntutan dan gesaan yang perlu diambil tindakan. Menurut pengerusinya, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, ia merupakan satu serangan terkutuk yang jelas mencabul peruntukan undang-undang antarabangsa khususnya Kovensyen Senjata Kimia 1997.

Empat orang wakil gabungan telah dibenarkan menghampiri pintu Kedutaan Syria sambil diiringi pihak polis. Mereka adalah Pengerusi MyCare, Dr Hafizi Mohd Nor, Pengerusi Syria Care, Ustazah Siti Sakinah Meor Omar, Pengerusi Syria Care, Ustaz Rizal Ali Naib dan Ketua Pegawai Operasi Malaysia Lifeline For Syria Encik Syahrir Azfar. Turut sama ke perkarangan Kedutaan ialah wakil HALUAN Puan Fatin Athirah Abdul Sani dan Puan Ummu Hani Mohd Nasaruddin.

Namun usaha untuk bertemu dengan pihak Kedutaan tidak kesampaian apabila wakil Gabungan NGO Kemanusiaan Syria itu tidak diterima masuk malah usaha untuk menetapkan temujanji di hari lain turut menemui jalan buntu.

Pihak Gabungan NGO Kemanusiaan Syria tetap menyampaikan memorandum yang telah dibawa walaupun melalui pintu besi kecil sahaja.

Walaupun usaha ini mungkin kecil tetapi kami mengharapkan sokongan semua agar kita dapat mengenakan tekanan dan satu tindakan akan diambil untuk menghentikan semua keganasan yang telah berlanjutan sehingga ke tahun yang ke tujuh ini. Serahan memo bantahan itu memberi isyarat kepada Syria bahawa dunia tidak akan mengampuni dosa jenayah perang yang mereka azabkan ke atas rakyatnya sendiri.