fbpx

Gabungan NGO Humaniti Malaysia (HUMANITI) Kecam Pembunuhan di Mesir

Gabungan NGO Humaniti Malaysia (HUMANITI) Kecam Pembunuhan di Mesir

Gabungan NGO Humaniti Malaysia (HUMANITI) Kecam Pembunuhan di Mesir

BANDAR BARU BANGI, 20 Ogos 2013 — Gabungan NGO Humaniti Malaysia (HUMANITI) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kekejaman dan tidak berperikemanusiaan ke atas rakyat Mesir dalam serangan besar-besaran rejim tentera Mesir dan sekutunya di negara itu.

Dato’ Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Pengerusi Gabungan NGO Humaniti Malaysia (HUMANITI) berkata, “HUMANITI melihat perkara ini sebagai satu bentuk jenayah yang kejam, zalim dan di luar perikemanusiaan.”

“HUMANITI mendesak rejim tentera Mesir dan sekutunya untuk menghentikan tindakan kekerasan dalam menghadapi rakyat yang jelas telah melanggar hak asasi manusia.” katanya dalam sidang akhbar di Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

Sebentara itu, menurut Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman “Sesuatu perlu dilakukan untuk menjaga kepentingan hampir 11,000 pelajar Malaysia yang kini sedang belajar di Mesir, jumlah yang cukup besar ini akan memberi impak kepada pembangunan sumber manusia serta kegiatan ekonomi kita di Malaysia pada masa hadapan.”

Sidang media ini diserikan dengan Majlis Pelancaran Penubuhan Gabungan NGO Humaniti Malaysia (HUMANITI) “Care for Egypt”. Turut hadir wakil-wakil NGO terlibat dan para wartawan.


Laporan mediaHALUAN