fbpx

Duta Turki Hargai Bantuan HALUAN di Somalia

Duta Turki Hargai Bantuan HALUAN di Somalia

Duta Turki Hargai Bantuan HALUAN di Somalia

Dadaab, 5 Sept – Kem pelarian Degahlei hari ini telah dikunjungi oleh tetamu kehormat iaitu Duta Turki Ke Kenya, Tuncer Kayalar.


Duta Kayalar tiba di perkarangan khemah perubatan kelolaan Insani Yardim Vakfi (IHH) bersama rombongan kedutaan dan pemimpin masyarakat tempatan. Degahlei adalah antara kem pelarian terbaru yang dibuka oleh UNHCR bagi menampung pelarian dari Somalia yang bergolak dan sedang dilanda bencana kemarau dan isu kebuluruan.

Duta Turkey itu juga turut melawat khemah perubatan yang dikendalikan Dr Baharudin Suri daripada HALUAN Malaysia. Sambil bertanya perihal mangsa pelarian yang dirawat serta keadaan mereka yang sedang dirawat dan bilangan mereka, beliau turut bertanya berapa lama HALUAN Malaysia akan terus berbakti bersama IHH di sini.

Duta Kayalar berterima kasih dan berbangga dengan penglibatan HALUAN Malaysia bersama IHH dalam memberi sumbangan dan rawatan kepada mangsa pelarian. Kemudiannya beliau terus melawat dan mendekati mangsa pelarian di sekitar khemah perubatan tersebut.

HALUAN Malaysia telah melancarkan kempen kutipan dana untuk pelarian Somalia di seluruh negara. Sumbangan yang telah diterima telah disampaikan sebahagiannya dalam bentuk ubat-ubatan dan wang tunai melalui IHH selaku NGO induk. Salurkan sumbangan anda ke Tabung Kemanusiaan HALUAN di akaun Bank Islam Malaysia Bhd 14-023-01-002571-8 (atas nama HALUAN).