fbpx

Dunia Semakin Membenci Israel: Reut Institute

Dunia Semakin Membenci Israel: Reut Institute

Reut Institute, sebuah badan pemikir Israel dalam bidang keamanan, sosial dan ekonomi mengingatkan pentadbiran Tel Aviv agar sensitif dan serius dengan sikap anti-Israel yang semakin meluas di seluruh dunia. Dalam laporan yang dibentangkan kepada kabinet Israel pada Khamis (11/2), Reut Institute menyatakan bahawa Israel sedang menghadapi ancaman perundangan apabila semakin maraknya tindakan protes anti-Israel di kampus-kampus, aksi protes terhadap atlet Israel yang bertanding di luar negeri, gerakan boikot produk Israel di Eropah dan tindakan pengeluaran waran perintah penangkapan terhadap kepimpinan Israel oleh pentadbiran Britain.

Kempen anti-Israel itu, kata Reut, dilakukan oleh individu dan organisasi berskala antarabangsa. Individu dan organisasi-organisasi anti-Israel ini bekerja berdasarkan kesamaan ideologi yang menganggap Israel sebagai negara zalim dan menolak kewujudan Israel. Pusat-pusat jaringan anti-Israel itu, menurut laporan Reut, tersebar di kota London, Brussels, Madrid, Toronto, San Fransisco dan Universiti Berkeley, California dan para aktivisnya kebanyakan dari kalangan anak-anak muda, dari kaum migran serta kalangan politikus yang radikal. “Meskipun jumlah mereka tidak ramai, profil jaringan anti-Israel ini bercambah kerana memanfaatkan kempen kepada umum dan liputan media massa,” demikian laporan Reut. Reut juga menyatakan, jaringan individu dan kelompok-kelompok anti-Israel itu makin kuat dengan adanya organisasi seperti Amnesty International dan Human Rights Watch yang kerap mengkritik tindakan-tindakan Israel di Palestin. Keduanya bekerjasama untuk menumbuhkan sikap pro-Palestin di Eropah dan yang terlibat dalam gerakan ini bukan hanya orang-orang Palestin, Arab atau Muslim saja tetapi ramai diantaranya orang-orang Eropah dan aktivis-aktivis sayap kiri di Amerika Utara. “Kelompok-kelompok ini mengetengahkan simbol-simbol dan tokoh-tokoh pahlawan pro Palestin seperti Mohammed Al-Dura dan aktivis keamanan  berasal dadri Amerika Syarikat, Rachel Corrie. Mereka juga berpartisipasi dalam pelbagai program di peringkat antarabangsa, seperti Konferensi Durban,” kata Reut Institute. Justeru Reut Institute mencadangkan agar kerajaan Israel membentuk sebuah pasukan untuk melawan siri kempen anti-Israel dengan menempatkan wakil-wakul kedutaan Israel di seluruh dunia di lokasi yang strategik untuk melawan kempen protes terhadap Israel. Reut Institute juga menyarankan agar badan perisikan Israel memantau serta mempelajari metodologi yang dilakukan oleh jaringan anti-Israel itu. (ln/hrz)