fbpx

Dr Abdullah Sudin Terus Terajui HALUAN

Dr Abdullah Sudin Terus Terajui HALUAN

Dr Abdullah Sudin Terus Terajui HALUAN

BANDAR BARU BANGI, 4 JUN 2015 – Dr. Abdullah Sudin Ab. Rahman telah dipilih untuk terus menerajui kepimpinan HALUAN bagi penggal 2015/2017.

Perkara ini diumumkan di dalam Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN kali ke-26 yang telah berlangsung di Ulu Tiram, Johor pada 29-31 Mei lepas.

Beliau yang merupakan mantan Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Darulnaim (KTD), Kelantan telah dipilih semula sebagai Presiden HALUAN bagi sesi 2015/2017. Beliau dilantik sebagai Presiden HALUAN pertama kalinya pada tahun 1997 bagi menggantikan penyandang terdahulu, Ustaz Abdullah Akhili Abdul Latif.

Dr Abdullah Sudin yang berkelulusan Doktor Falsafah dalam Ekonomi Islam dari University of Wales, United Kingdom kini adalah Pengerusi Ahli Lembaga Pengelola Kolej Teknologi Darulnaim, Kelantan.

Barisan kepimpinan HALUAN baharu kali ini menampilkan 16 biro, tujuh kelab dan satu unit baharu iaitu Akademi Penyelidikan HALUAN. Ia turut menyaksikan beberapa muka baharu bagi menjawat Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat HALUAN, ketua biro HALUAN serta pengerusi kelab HALUAN.

Antara muka baharu yang dilantik dalam kepimpinan HALUAN kali ini adalah Naib Presiden 1 yang disandang oleh Ustaz Salleh Saad menggantikan Ustaz Abdul Hadi Othman. Manakala, Dr. Nordin Endut dilantik sebagai Naib Presiden 2 menggantikan Sr. Mohd Sabbri Md Yudin yang kini menggalas jawatan sebagai Setiausaha Agung HALUAN.

Sebanyak sembilan biro menyaksikan perubahan ketua.

Nama Biro Ketua Biro Terbaru
Dakwah dan Outreach Ustaz Ahmad Muhammed Jamalullail Tajudin
Pemuda Ustaz Muhammad Muzakkir Che Ani
Latihan Encik Ritzuan Baharin
Ekonomi Encik Rosli Adam
Pengajian Tinggi Prof. Madya Engr. Solehuddin Shuib
Sukan & Rekreasi Encik Muhammad Issam Idris
HALUAN Palestin Encik Ahmad Fisal Salleh
Relawan Encik Hasri Ahmad
Pendidikan, Psikologi dan Kaunseling Encik Engliman Roslan
Bagi kelab HALUAN pula, sebanyak dua kelab melalui perubahan pengerusi. Kelab Siswa HALUAN kini dipengerusikan oleh Encik Abu Ubaidah Sharudin yang merupakan mantan Ketua Siswa HALUAN bagi kelab berkenaan sebelum ini. Dr. Zurina Muda dilantik sebagai Pengerusi Kelab Ikhtisas HALUAN menggantikan Encik Mohd Mokhtar Abu Bakar.

Akhir sekali, Prof. Dr. Ismail Ahmad yang sebelum ini merupakan Ketua Biro Pengajian Tinggi telah dilantik sebagai Pengerusi Akademi Penyelidikan HALUAN yang pertama.

Di bawah merupakan senarai Kepimpinan HALUAN bagi sesi 2015/2017

Penasihat
Ustaz Mohd Darus Senawi

Presiden
Dr. Abdullah Sudin Ab. Rahman

Timbalan Presiden
Prof. Emeritus Dato’ Dr. Abu Azam Md Yassin

Naib Presiden

  1. Ustaz Salleh Saad
  2. Dr. Nordin Endut
  3. Prof. Madya Dr. Azizan Ahmad

Setiausaha Agung
Sr. Mohd Sabbri Md Yudin

Penolong Setiausaha Agung
Ustaz Nur Muhammad Mohd Jamil

Ketua Pegawai Operasi
Encik Wan Abdullah Sabary Wan Harun

Bendahari
Encik Eisa Mohamed

Setiausaha Kerja
Encik Sabarudin Mat Kari

Ketua Biro

Profesional – Prof. Dr. Zamrin Dimon
Dakwah dan Outreach – Ustaz Ahmad Muhammed Jamalullail Tajudin
Pemuda – Ustaz Muhammad Muzakkir Che Ani
Latihan – Encik Ritzuan Baharin dan Prof. Madya Dr. Asmawati Desa
Kebajikan – Encik Mohd Azhar Md Idris
Penerangan – Encik Khairul Azman Ahmad Abkari
Ekonomi – Encik Rosli Adam
Pengajian Tinggi – Prof. Madya Dr. Solehuddin Shuib
Khidmat Guaman – Mohd Haafizh Mohd @ Ghazali
Pendidikan, Psikologi dan Kaunseling – Encik Engliman Roslan
Pembangunan Keluarga dan Remaja – Encik Ibrahim Abd Rahman
Sukan Dan Rekreasi – Encik Muhammad Issam Idris
HALUAN Palestin – Encik Ahmad Fisal Salleh
Misi Kemanusiaan – Dr. Baharuddin Suri
Relawan – Encik Hasri Ahmad
HALUANITA – Puan Alfiah Samingan

Pengerusi Kelab

Guru HALUAN – Shamjuddin Romani
Kesihatan HALUAN – Dr. Wan Muhaizan Wan Mustaffa
Usahawan HALUAN – Encik Ibrahim Abu Bakar
Siswa HALUAN – Encik Abu Ubaidah Sharudin
HALUAN Fitrah – Prof. Madya Dr. James Laeng @ Jamaluddin Abdullah
Remaja HALUAN – Mohd Nasaruddin Abdul Manaf
Ikhtisas HALUAN – Dr. Zurina Muda
Akademi Penyelidikan HALUAN – Prof. Dr. Ismail Ahmad

Laporan oleh Abdullah Fahmi Fuad
mediaHALUAN