fbpx
Tajaan Anak Yatim & Miskin
1515 Donors

-78 Days Left

Tajaan Anak Yatim & Miskin

Raised: RM186,240.00 / Goal: RM200,000.00

Donate Now
Semua Anak Kita
Pernahkah anda ternampak kanak-kanak seusia 10-12 tahun yang bekerja di kedai-kedai makan? Atau kanak-kanak yang mengutip sampah-sarap, malah kadang kala terpaksa terjun ke dalam tangki sampah, untuk mencari barangan yang boleh dihantar ke pusat kitar semula? Atau kanak-kanak yang duduk di tepi jalan yang panas, menahan terik mentari yang menggigit kulit, ditemani mangkuk yang usang, memohon ihsan dan belas simpati daripada pejalan kaki yang lalu lalang. Inilah usaha kanak-kanak yang tidak bernasib baik untuk mengisi sedikit kekosongan perut mereka. Hanya kerana mereka dilahirkan di dalam keluarga yang tidak sesenang kita. Bagaimana pula dengan pembelajaran mereka? Tidak. Mereka tidak pernah diberi peluang itu, untuk berada di dalam suasana pembelajaran yang kondusif.
Asrama HALUAN Penyayang adalah sebuah rumah perlindungan anak-anak yatim dan miskin. Rumah perlindungan ini berusaha untuk menyelamatkan anak-anak ini daripada terus kekal di dalam nasib yang begitu malang. Anak-anak yang dipilih daripada keluarga yang miskin dari seluruh Malaysia ditempatkan di sebuah kawasan wakaf di Bukit Naga, Shah Alam. Tanpa mengenakan sebarang yuran dan bayaran, anak-anak ini diberikan perlindungan tempat tinggal, makan minum dan pelajaran. Dan paling penting, anak-anak ini dididik supaya berakhlak dengan akhlak yang baik. Kini, rumah perlindungan ini mengalami kesempitan kewangan disebabkan kos pengurusan yang tinggi. Kami mengalu-alukan sumbangan daripada anda bagi meneruskan usaha ini. Demi masa depan anak-anak yang berada di sini. Kerana anak-anak ini, adalah anak-anak kita.
Hubungi:
Alamat: Asrama HALUAN Penyayang (AHP), Lot 4213, Kampung Bukit Naga, Shah Alam
Emel: asrama.penyayang@haluan.org.my
Hotline: +60103005141
Pejabat: +60389268892