fbpx
Pusat Pembangunan Minda Insan Sabah
233 Donors

-1303 Days Left

Pusat Pembangunan Minda Insan Sabah

Raised: RM23,386.76 / Goal: RM23,000.00

Donate Now
Program Pendidikan Alternatif Etnik Minoriti (Bajau Laut) Tercicir & Terpinggir Luar Bandar Sabah.
Pusat Pembangunan Minda Insan (PPMI) ditubuhkan pada 16 September 2011 bermula dengan PPMI Kg. Kabog, Kunak. PPMI berkonsepkan sebuah pusat aktiviti komuniti yang ditubuhkan dan dibina oleh komuniti serta dioperasikan oleh ahli komuniti dengan bimbingan daripada NGO HALUAN dan penglibatan badan serta agensi kerajaan.
PPMI memberi fokus utama kepada kumpulan sasar iaitu Anak-anak Etnik Minoriti dan Miskin Luar Bandar Sabah yang terpinggir daripada program pembangunan aliran arus perdana negara melalui aktiviti teras pembangunan modal insan iaitu:
  1. Pendidikan Asas
  2. Latihan Kemahiran Untuk Hidup
  3. Latihan Kemahiran Kesukarelawanan

Punca keciciran:
  1. Kemiskinan
  2. Status sosial rendah
  3. Tidak ada jalan perhubungan
  4. Sukar mendapatkan kemudahan sokongan seperti pusat kesihatan dan pejabat pendaftaran

Keadaan ini mengakibatkan berlakunya kecelaruan status kewarganegaraan dan dokumentasi pengenalan diri yang berlarutan membawa kepada berlakunya diskriminasi kemanusiaan termasuklah penafian hak mendapatkan pendidikan.
Lokasi PPMI di seluruh Negeri Sabah
  1. PPMI Kg. Kabog, Kunak
  2. PPMI Kg. Tagupi Laut, Lahad Datu
  3. PPMI Kg. Pamanhutan, Lahad Datu
  4. PPMI Kg. Simuning, Lahad Datu
  5. PPMI Pulau Mabul, Semporna
  6. PPMI Pulau Tandoan, Semporna
  7. PPMI Kg. Hidayat, Semporna

Perkampungan atas air masyarakat Bajau Laut di Pulau Bum-Bum, Semporna
Tak kala anak-anak kita ke sekolah, anak-anak ini membantu keluarga mencari rezeki
Ketua Pegawai Operasi HALUAN, Encik Wan Abdullah Sabary Hj Wan Harun meninjau PPMI Kg Hidayat, Pulau Bum-Bum, Semporna
Keadaan penempatan di pulau ini
Ceria.. Bagaimana masa depan mereka?
Anak-anak PPMI Kg. Kabog, Kunak tekun belajar.
Mereka kini mampu membaca al-Quran walaupun premis PPMI yang serba kekurangan
Kepimpinan HALUAN bersama tenaga pengajar & anak-anak PPMI di PPMI Kg. Tagupi Laut, Lahad Datu. Dewan besar mereka serba kekurangan menempatkan lebih kurang 403 pelajar & 22 guru.
Ya benar! Ini adalah antara kelas-kelas anak-anak PPMI menuntut ilmu.
Anak-anak ini tetap bersemangat untuk menuntu ilmu di bawah pondok berlantaikan tanah ini.
Asrama Desa yang menempatkan anak-anak PPMI.