fbpx

Orang Asli Air Banun – Fasa 2

Orang Asli Air Banun – Fasa 2
42 Donors

-1182 Days Left

Orang Asli Air Banun – Fasa 2

Raised: RM2,860.00 / Goal: RM2,800.00

Donate Now
Projek ini merupakan projek sulung HALUAN dalam menyantuni orang asli yang rata rata-rata tertinggal dari arus pembangunan negara. Penduduk orang asli yang mendiami kampung ini adalah antara yang termundur di gagasan Rancangan Penempatan Semula (RPS) Air Banun dari segala segi. RPS Air Banun adalah gugusan terdiri daripada 18 buah perkampungan terpencil.
Mereka bersikap enggan menerima bantuan daripada pihak kerajaan atau mahupun swasta, melainkan yang perlu sahaja seperti kesihatan dan bantuan bahan makanan. Penolakan mereka ini adalah kerana mereka beranggapan bahawa pihak berkuasa dan badan korporat tertentu telah merampas hak tanah mereka, mengganggu dan menghalang tatacara kehidupan mereka yang bebas di kawasan Hutan Simpan Belum.
Mereka kini dilarang untuk memburu dan atau membunuh binatang liar seperti gajah, babi hutan dan binatang lain yang merosakkan tanaman mereka. Hakikatnya mereka terpaksa memburu untuk kesinambungan hidup. Intervensi pihak luar termasuklah Perhilitan dan NGO yang melindungi binatang liar menyukarkan survival mereka di dalam belantara itu.
Objektif projek:
  1. Membaik pulih keadaan fizikal dan persekitaran Perkampungan Air Banun agar lebih kondusif yang membawa kepada kehidupan yang lebih sihat dan bersih
  2. Melahirkan generasi penduduk kampong kampung yang sihat dan aktif dalam menjalani kehidupan seharian.
  3. Melatih kemahiran pertanian agar tanah terbiar menjadi punca pendapatan baharu dalam usaha mempertingkatkan tahap sosio-ekonomi mereka.
  4. Memujuk-didik anak-anak kecil dan remaja kampung yang hampir kesemuanya buta huruf untuk menghadiri kelas-kelas pembelajaran membaca dan menulis.
  5. Membina jati diri dan syahsiah terpuji dalam kalangan penduduk melalui pendidikan.
  6. Memberi pendidikan agama yang berterusan kepada penduduk kampung.
  7. Memberi latihan kemahiran memasak dan menjahit untuk kaum wanita agar ia menjadi punca pendapatan keluarga.
  8. Menubuhkan pusat aktiviti pendidikan.