fbpx

Pek Makanan Yaman

Pek Makanan Yaman
155 Donors

-8 Days Left ,

Pek Makanan Yaman

Raised: RM24,001.00 / Goal: RM24,000.00

Donate Now
100 keluarga miskin di Sanaa, Sanhab dan Maarab, Yaman.
Yaman, yang terletak di hujung selatan Semenanjung Arab di Asia Barat, masih menjadi krisis kemanusiaan terburuk di dunia. LIMA tahun konflik telah memaksa lebih daripada 3.6 juta orang meninggalkan rumah mereka dan kira-kira 80 peratus penduduk - 24.1 juta orang - sangat memerlukan bantuan kemanusiaan.
Sejak keganasan meletus pada akhir Mac 2015, Yaman telah menjadi salah satu negara termiskin di Timur Tengah. Sekurang-kurangnya 70 peratus majoriti penduduk tidak mempunyai akses kepada makanan, air yang selamat dan penjagaan kesihatan yang mencukupi dan hampir SATU juta suspek kes kolera telah didaftarkan sejak 2018.
Alhamdulillah, kami, HALUAN, telah berjaya mengedarkan 120 pek #Food4Yaman hasil sumbangan anda semua. Akan tetapi, mereka merayu untuk ditambah lagi 50 pek #Food4Yaman 😭😭😭
Mari kita sama-sama bantu. Ramadan sudah hampir ke penghujungnya. Raya semakin hampir. Anak-anak kita di Yaman masih ada yang kebuluran.