fbpx

Emergency Aid Sulawesi

Emergency Aid Sulawesi
138 Donors

-1935 Days Left ,

Emergency Aid Sulawesi

Raised: RM314,468.91 / Goal: RM300,000.00

Donate Now
Tarikh Akhir: 31 Disember 2018
(20/10) HALUAN Bergandingan Dengan NGO Brunei dan Indonesia, Agih Makanan Untuk Mangsa Gempa Pasukan Kedua Misi Kemanusiaan Sulawesi HALUAN hari ini bergembeling tenaga dengan NGO tempatan Indonesia, PKPU Human Initiative, serta NGO dari Brunei Darussalam, WeCare, bagi mengagihkan bekalan makanan dan keperluan asas lain kepada mangsa gempa di sekitar kota Donggala secara lebih berkesan. Baca selanjutnya  
(18/10) Gempa berkekuatan 7.4 SR yang melanda Donggala, Sulawesi Tengah pada 28 Sept lalu menyebabkan sejumlah bangunan rosak. Selain Hotel Roa Roa yang merupakan hotel terbesar di Palu, gempa Donggala juga mengakibatkan Jambatan Kuning di Palu runtuh. Jambatan Kuning ini memiliki panjang 250 meter dengan lengkungan berwarna kuning. Jambatan ini menghubungkan dua wilayah. Iaitu Kecamatan Palu Timur dan Kecamatan Palu Barat.
(18/10) Masjid Terapung Palu meninggalkan banyak kisah bagi mereka yang pernah beribadah di dalamnya. Setelah tsunami, akses masjid dari pantai telah terputus dan sekarang mengapung di Teluk Palu. Meskipun sebahagian terendam, struktur bangunannya tetap utuh.
(18/10) Kami dihadapan Palu Grand Mall (PGM). Sebuah pusat membeli belah terbesar dan tertua di Kota Palu. Jika anda pernah menonton beberapa video tsunami datang dari pandangan atas. Inilah lokasinya. Kedai-kedai makan pesisir pantai ini habis musnah tanpa kesan.
(18/10) Dalam perjalanan mengatur bantuan di sekitar, kami sempat singgah solat di Masjid ArRahman, di pesisir pantai Loli Dondo, Palu yang masih utuh. Walaupun di sekitarnya rumah penduduk hancur musnah. Video @TV HALUAN | Masjid ArRahman Masih Utuh
(17/10) Dana Sumbangan Rakyat Malaysia Bekalkan Air Bersih Untuk Mangsa Bencana di Donggala Video @TV HALUAN | Malaysia 🇲🇾 Bekalkan Air Bersih Untuk Donggala 🇮🇩
(17/10) Kerjasama daripada NGO tempatan, PKPU Human Initiative membolehkan HALUAN membeli bekalan air bersih dari sebuah syarikat air, Perusahaan Daerah Air Minum (PDAM) Kota Palu. Bekalan air ini dihantar menggunakan lori tangki, di mana sebuah lori mampu membawa hampir 5,000 liter air. Kira-kira 20 keluarga (100 orang) menerima manfaat bantuan hasil sumbangan rakyat Malaysia ini. Baca selanjutnya
(17/10) Tinjauan di khemah penduduk di Perkampungan Labuan Bajo, Kota Donggala. Mereka sangat perlukan air bersih untuk memasak, mandi, dan mencuci. Jika tak ada air bersih, mangsa berpotensi terkena penyakit kulit dan diarrhea. Insyallah kami akan bekalkan air di sini hari ini juga.
Merasai kepiluan saudara kita di Palu Sulawesi merupakan satu ibrah yang wajib diteladani. Ibu Arini (bukan nama sebenar) berkongsi kisah ketika melarikan diri dari tsunami ke bukit berdekatan. Tidur bersama anak-anak di atas bukit beralaskan daun kelapa dan beratapkan langit. Malamnya hujan pula. Allah.. Video @TV HALUAN | Tidur Beralaskan Daun Kelapa
(17/10) Sukarelawan HALUAN berkongsi keadaan yang berlaku terhadap rumah-rumah di pesisir pantai perkampungan Labuan Bajo, Kota Donggala. Video @TV HALUAN | Rumah Hilang Tinggal Tiang
(17/10) Bencana gempabumi dan tsunami di Sulawesi ini menyingkap sejumlah kisah sedih mahupun inspirasi. Ujian untuk mereka dan ibrah buat kita. Pak Ari, 35 penduduk perkampungan Labuan Bajo, Kota Donggala berkongsi kisah kejadian yang berlaku pada petang 28 Sept yang lalu. Pedih... Semoga Allah kurniakan kekuatan kepada sahabat-sahabat kita yang dilanda musibah ini. Video @TV HALUAN | Warga Donggala Kongsi Detik Cemas
(17/10) Pertemuan bersama pihak Tentara Nasional Indonesia (TNI) di kawasan Gunung Bale, Kota Donggala. Ceria menyambut kedatangan kami bagi menyantuni masyarakat sekitar.
(17/10) Kelihatan dua anak kecil di Gunung Bale, Kota Donggala sedang makan di bawah khemah. Nasi kosong sudah cukup buat mereka. Bantuan kita amat bererti untuk anak-anak di sini terus tersenyum. Kita semua boleh memberikan perlindungan dan harapan. Mereka perlukan sumbangan kita!
(17/10) Perbincangan dan penerangan oleh Pengurus Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Gunung Bale, Kota Donggala, En Murisid tentang keadaan semasa bencana. Pihak BPBD mengalu-alukan cadangan bantuan rawatan air oleh HALUAN di kawasan penempatan sementara di sini.
(17/10) Tinjauan di sekitar penempatan sementara yang diuruskan oleh Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD), Donggala, Indonesia. Dan kini hampir tiga minggu mereka tinggal di bawah khemah seperti ini. Siangnya kepanasan, malamnya kesejukkan. 😭 Khemah plastik biru yang hanya cukup untuk menampung 10 orang ini tidak melindungi penghuni dari panas terik matahari. Kawasan ini merupakan penempatan mangsa yang rata-ratanya kehilangan rumah dan ada juga masih trauma akan gempa & tsunami dan mereka belum berani untuk pulang ke rumah.
(17/10) Suasana biasa sepanjang perjalanan menuju ke Kota Donggala. Penduduk disepanjang tepian pantai ini sedang membersihkan kawasan runtuhan rumah masing-masing. Ada kawasan yang telah siap dibersih. Ada kawasan yang masih belum sempurna pembersihannya. Semoga mereka terus kuat menghadapi ujian ini.
17/10) Kami dalam perjalanan dari Kota Palu ke Kota Donggala. Berhampiran pantai Talise kelihatan sebuah kapal berada di atas daratan. Gempa bumi dan tsunami di Palu dan Donggala merupakan musibah kemanusiaan sekaligus tanda kebesaran Allah.
(17/10) Suasana terkini keadaan Kota Palu hari ini. Terdapat tanda-tanda Kota Palu kembali pulih. Bekalan elektrik telah stabil di beberapa lokasi di Palu walaupun kadang-kadang terputus, jaringan telefon juga kembali aktif, dan bahkan beberapa kedai sudah mula dibuka. Video @TV HALUAN | Kota Palu Pulih Dalam Duka
(17/10) Lapangan Terbang Palu sesak dengan kehadiran sukarelawan tempatan dan luar negara dari pelbagai agama dan bangsa.
(17/10) Alhamdulillah. Kami selamat tiba di Kota Palu setelah kelewatan hampir lapan jam di Jakarta akibat pesawat tidak dibenarkan mendarat waktu malam hari di Lapangan Terbang Mutiara SIS Al Jufri, Kota Palu.
HALUAN Teruskan Misi Membantu Mangsa Tsunami dan Gempa di Sulawesi Video @TV HALUAN | HALUAN Teruskan Misi Membantu Mangsa Tsunami dan Gempa di Sulawesi
(16/10) “Insya-Allah kita juga akan teruskan kerjasama dengan PKPU dan beberapa NGO tempatan yang lain dalam projek membekalkan air bersih di sekitar pusat pemindahan dan perkampungan sementara,” jelas Mohd Jamil lagi. Berita penuh: https://www.haluan.org.my/2018/10/17/haluan-teruskan-misi-membantu-mangsa-tsunami-dan-gempa-di-sulawesi/
(16/10) Pasukan sukarelawan kedua HALUAN selamat berangkat dari KLIA menuju ke Palu, Sulawesi pagi ini. Diketuai oleh En Mohd Jamil Muda, Pegawai Logistik, En Muhammad Suhaib Mohd Yusoff dan Pegawai Media, En Muhammad Zakiran Mahmud.
(10/10) Kerja-kerja rawatan kepada warga desa
(10/10) - Lokasi aktiviti rawatan kesihatan di lapangan
(10/10) - Melawat tapak bagi cadangan membina rumah sementara (Rumah Senyum) di Desa Loly Saluran.
10 Oktober 2018 - Aktiviti bersama dengan trauma healing bersama kanak-kanak.
8 Oktober 2018 - Mobile Clinic kami di Desa Limboro, Donggala. Aktiviti medik hari ini dibantu oleh tiga orang paramedic PKPU.
8 Oktober 2018 - Sempat meninjau keadaan di Palu hari ini.
7 Oktober 2018 - Sukarelawan memberikan bantuan kesihatan kepada mangsa gempa di Donggala. Hampir 50 pesakit sempat disantuni. Kebanyakkan mangsa yang disantuni menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis kerana mereka masing-masing kehilangan ubat akibat gempa.
5 Oktober 2018 - Tiga sukarelawan HALUAN selamat berangkat ke Sulawesi semalam bagi menyalurkan bantuan fasa pertama kepada mangsa gempa bumi & tsunami.
3 Oct 2018 - HALUAN will be sending its disaster response team to Palu, Central Sulawesi on 5th October, 2018 to provide the first phase of emergency relief distribution. Immediate needs to be provided are medical services, food items, potable water, sanitation and personal sanitary kits. HALUAN will also launch a Public Fundraising Appeal for this cause from 29th September to 31st October, 2018. HALUAN has been assisting humanitarian relief support globally since 2005 to various victims of natural disasters and wars.
Musibah melanda kepulauan Indonesia lagi. Kali ni gempabumi berukuran 7.7 pada skala Richter menggoncang Sulawesi utara pada 5.02 petang waktu tempatan semalam, 28 September 2018. Menurut laporan rasmi kerajaan Indonesia, gempa bumi berpusat di sebelah timur laut Donggala di kedalaman 10 km terjadi di waktu penduduk Sulawesi sedang melaksanakan solat maghrib.
Turut menggemparkan lagi gempabumi disusuli dengan amaran kejadian tsunami, menyebabkan penduduk berhampiran pantai panik dan bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri ke tempat yang lebih tinggi. Ombak tsunami setinggi dua meter melanda kawasan berhampiran pantai dan menambahkan lagi kerosakan dan keruntuhan pada bangunan akibat gegaran beberapa ketika sebelumnya.
Sebagai sebuah NGO prihatin kepada mangsa bencana, HALUAN mengikuti perkembangan terkini melalui bantuan dan kerjasama NGO di lokaliti yang sudah bermula menggerakkan kempen bantuan gempabumi “Emergency Aid Sulawesi” serta bersiap sedia untuk menghantar pasukan bantuan kemanusiaan ke Sulawesi Utara.
HIGHLIGHTS  

Gambar satelit mendedahkan skala kemusnahan yang dialami
Ini adalah kejadian sebelum gempa melanda
Beratus-ratus orang terbunuh di rantau ini - Gambar menunjukkan persekitaran Petobo sebelum kejadian.
Dan ini adalah kejiranan Petobo selepas itu
Mangsa menyelamatkan barangan yang boleh digunakan dari runtuhan rumah yang musnah di Palu
Keadaan rumah-rumah yang rosak dapat dilihat di Palu, Sulawesi Tengah, Indonesia
Seorang wanita dengan beg pakaian berjalan di jalan yang musnah di Palu
Mangsa yang selamat melalui jalan yang musnah di Palu
Keadaan muka bumi yang rosak teruk
Jumlah korban maut kini semakin meningkat
Sebuah hotel lapan tingkat di pusat bandar runtuh, sementara ramai orang dipercayai terperangkap di bawah runtuhan di perkampungan Balaroa
Pandangan udara selepas gempa bumi di Palu
Jambatan Palu runtuh dalam gempa bumi
 
Pasukan penyelamat mencari mangsa di bawah runtuhan sebuah rumah berhampiran pantai Talise
Hampir 50,000 orang hilang tempat tinggal di Palu