fbpx
Educare For Palestine & Syria
1596 Donors

-1051 Days Left

Educare For Palestine & Syria

Raised: RM93,777.34 / Goal: RM90,000.00

Donate Now
Pada Ramadan kali ini, kita mahu bantu saudara kita yang dilanda musibah bertahun-tahun dan sentiasa menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pendidikan.
Kutipan ini merupakan kerjasama antara HALUAN & Kun Anta.
Untuk pengetahuan, HALUAN merupakan pertubuhan yang memfokuskan kepada pembangunan jati diri insan dan khidmat bakti sosial. Bantuan terhadap pendidikan umat Islam di Palestin dan Syria turut disantuni.

InshaAllah, kita akan bantu mereka sebaik mungkin melalui 3 projek terbesar yang pasti akan memudahkan mereka dalam menuntut ilmu.
1) AKADEMI AL-QURAN & AS-SUNNAH
Akademi ini menjadi salah satu institusi penting dalam aliran sistem pendidikan al-Quran dan jati diri anak-anak di Gaza. Kegagalan meneruskan institusi ini akan membantut pendidikan di peringkat akar umbi, khususnya melalui institusi halakah al-Quran di masjid.
Dengan mengoperasikan semula akademi ini, lebih ramai guru atau murabbi yang berkelayakan serta terlatih dapat dilahirkan. Dengan memberi peluang pendidikan secara percuma, lebih ramai penduduk miskin yang pintar dapat meneruskan pengajian, sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada mereka.



2) HALAQAH AL-QURAN
Setiap tahun Gaza melahirkan ribuan huffaz melalui kem-kem hafazan dan halakah al-Quran. Dengan program seperti ini, mereka dapat membentuk generasi yang berilmu, berakhlak baik dan bersemangat tinggi dalam berhadapan dengan kezaliman Zionis. Pada masa yang sama anak-anak ini dapat mengelak dari ancaman serangan moral Zionis dan budaya tidak sihat kepada golongan muda Palestin.
Projek ini bertujuan menaja perjalanan halaqah-halaqah Al-Quran di 5 buah masjid di daerah Jabaliya, Gaza selama setahun.






3) TASKI AL-KHANSA’, SYRIA
Pengurusan Pendidikan Pra Sekolah bagi lebih 60 orang kanak-kanak pelarian Syria di Aqrabat, Idlib, Syria sepanjang tahun. Termasuk alat tulis, buku serta alat bantu mengajar.




Sahabat-sahabat sekalian, ingatlah pesanan Nabi SAW yang benar ini :

من نفس عن مؤمن كربة من كرب الدنيا نفس الله عنه كربة من مرب يوم القيامة ، ومن يسر على معسر يسر الله عليه في الدنيا و الآخرة ، ومن ستر مسلما ستره الله فى الدنيا و الآخرة ، و الله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه .


Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, beliau bersabda :
“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutup aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu suka menolong saudaranya." (Riwayat Muslim)

Ayuh sahabat-sahabat, mari segera bantu mereka. Mudah-mudahan Allah SWT membantu urusan kita pula di kemudian hari.
Klik butang DONATE NOW untuk terus membantu mereka.